Sinopsis Bab 24

Sinopsis Bab 24, m/s _______

Hampir Isyak, suara orang kampung riuh-rendah kedengaran di luar.  Ada sebuah lori membawa ___________ yang tersergam bulan sabitnya.  Datuk pulang dari __________ dan memberitahu Lili bahawa kubah itu akan dipasang di atas bumbung surau.  Lili membayangkan keadaan kubah di atas bumbung surau yang uzur.

Datuk tidak kisah jika kubah itu dipasang kerana ura-ura membina ___________ tidak pernah menjadi kenyataan.  Lili melihat dua perbezaan yang jelas antara golongan muda dan golongan tua di kampung itu.  Datuk tidak kisah di mana kubah itu dipasang tetapi Abang Rashid lebih suka masjid dibina.  Jika masjid dibina, itulah pembangunan awal di kampung itu.

Sehingga waktu senja, tidak ada cerita tentang kubah itu telah dipasang atau belum.

 

Sinopsis Bab 23

Sinopsis Bab 23, m/s _______

Datuk mengetahui Lili ke rumah Che Jah.  Datuk bercerita panjang tentang _______ yang sepatutnya ditangkap dan dihukum kerana tidak pandai mengajar anak.  Orang kampung sukar menegur __________ kerana sikapnya yang ___________.

Datuk juga pernah menolong memberikan kerja di kebun kepada ________ tetapi hasilnya diambil oleh Seman.

Lili mendapat tahu bahawa ibu Geetha, makcik ______________ akan bertandang ke rumah nenek esok.  Lili berasa gembira dengan perkhabaran itu.

Sinopsis Bab 22

Sinopsis Bab 22, m/s__________

Abang Rashid datang ke rumah nenek dan memberitahu bahawa Haziq dan Rafiq sudah di______________kan.  Nenek membenarkan Lili mengikut Abang Rashid untuk melawat mereka.  Che Jah menyambut baik kedatangan mereka.  Che Jah memohon ________ atas kejadian yang berlaku ke atas Lili.  Lili nampak sikap sebenar Che Jah yang baik hati dan lemah lembut.  Haziq hampir mati dibelasah ayahnya dengan ___________.  Tengah hari itu, Lili dipelawa untuk makan di rumah Che Jah.

Sinopsis Bab 21

Sinopsis Bab 21, m/s ___________

Lili bertanyakan Danel tentang _______ dan _________.  Tempat persembunyian mereka akan dirobohkan.  Danel lebih suka jika dua beradik itu dipenjarakan tetapi Lili tidak bersetuju.  Bagi Lili, mereka perlu diberi peluang kerana masih ada masa depan.

Danel meminta diri untuk pulang.  Nenek tidak suka Lili masuk campur dalam hal keluarga Che Jah kerana bagi nenek, anak-anak Che Jah sangat ___________.

Lili bercadang hendak berjumpa dengan Geetha untuk meminta bantuan tetapi nenek tidak membenarkan Lili keluar.  Untuk ke pekan juga Lili tidak dibenarkan.

Sinopsis Bab 20

Sinopsis Bab 20, m/s ______

Lili memikirkan cara untuk melarikan diri.  Tiba-tiba ____________ datang dan menyelamatkan dirinya.  Danel sudah lama tahu tentang tempat persembunyian Rafiq dan Haziq.  Danel tidak membenarkan orang kampung mencari Lili kerana bimbang keadaan akan menjadi lebih kecoh.

Danel membawa Lili pulang ke rumah.  Nenek memberitahu Lili tentang anak-anak Che Jah yang terlibat dalam _____, _____________ dan pernah mengugut _____ mereka.  Cara Che Jah mendidik anak juga salah kerana sering menengking dan menjerit ke serata kampung.  Suami Che Jah juga tidak bertanggungjawab kerana kaki __________, kaki ____________ dan asyik duduk di kedai kopi.

Sinopsis Bab 19

Sinopsis Bab 19, m/s _________

Lili dan Danel singgah di restoran makanan segera.  Danel makan _______ biji burger, kentang goreng dan segelas besar minuman _______________.  Lili tidak makan kerana dia mahu makan di rumah.  Danel memuji masakan nenek Lili dan Danel juga sering memasak di rumah nenek iaitu menu berasaskan _________.  Danel ingin memasakkan Lili gulai _____________________ dan pisang _______________.

Lili dan Danel ke pasar mini.  Danel ingin membelanja Lili tetapi Lili enggan.  Dia tidak mahu rapat dengan Danel kerana baru dikenali.  Dia juga tidak mahu mesra kerana tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku.

Selepas turun dari bas, Lili dan Danel melihat anak ____________ dikejar beberapa orang lelaki dan ditangannya ada senjata tajam.  Tiba-tiba anak Che Jah meluru ke arah Lili dan menangkap Lili lalu senjatanya diacukan ke leher Lili.  Walaupun _____________ disuruh untuk melepaskan Lili, dia enggan.  Lili pengsan.

Setelah sedar, Lili terdengar suara bertengkar.  Lili dapat mengagak bahawa mereka ialah anak-anak Che Jah.

Sinopsis Bab 18

Sinopsis Bab 18, m/s ____________

Rumah datuk dikunjungi oleh ketua kampung, ____________, ____________ dan Imam ________ untuk membincangkan isu ___________.  Lili disuruh oleh nenek untuk menyediakan _____________.  Selepas menghidangkan minuman, Lili masuk ke bilik lalu mencuri dengar perbualan antara datuk dan tetamunya.  Ketua kampung mempersoalkan datuk yang masih mengutamakan masa __________ sehingga sukar menerima perubahan sedangkan datuk seorang yang berpengaruh di kampung itu.  Datuk menganggap penduduk kampung itu sukar bermuafakat tentang pembinaan masjid kerana sukar menerima perubahan.

Bagaimanapun ketua kampung menjelaskan bahawa kebanyakan penduduk kampung itu hidup dalam nostalgia terutamanya isu rumah yang _____________nya menghadap jalan sehingga sukar menerima perubahan.

Lili tidak sempat mendengar perbualan seterusnya kerana Danel telah meminta izin nenek untuk mengajaknya ke pekan dengan tujuan membeli minyak ___________.  Danel dan Lili menaiki ______ ke pekan.  Selepas membeli minyak gamat, mereka keluar dari kedai.  Lili mempersoalkan tindakan Danel yang memberitahu pemilik kedai itu bahawa dia ialah teman wanitanya.  Danel agak hairan kerana Lili memahami bahasa ____________. Hal ini demikian kerana Lili belajar di sekolah cina.

Sinopsis Bab 17

Sinopsis Bab 17, ms ___________

Lili sempat membaca ________ artikel menarik yang ditulis oleh Danel.  Rencana pertama adalah tentang daerah ____________ yang sesuai untuk aktiviti _______________.  Rencana tersebut mengisahkan Danel bertemu dengan seorang petani, ________________ yang mengusahakan ladang ____________ seluas _____ ekar dan hasil jualannya mencecah RM___________ sebulan.

Rencana kedua bertajuk _____________.  Antara kebaikan pisang ialah menghasilkan tenaga kepada tubuh, mengatasi kekurangan ________________, manfaat kepada beberapa jenis penyakit manakala kulit buah pisang boleh menyembuhkan bintit akibat gigitan ________.  Pisang juga memberikan ketenangan kepada ____________.

Sinopsis Bab 16

Sinopsis Bab 16 m/s _______

Datuk pulang ke rumah dengan gembira tanpa rasa bersalah terhadap nenek dan orang lain yang bimbang terhadapnya.  Dia telah masuk ke _____________ untuk mencari bahan-bahan ramuan herbanya.  Setelah lama tidak ke hutan, rezekinya pada hari itu sungguh banyak.

___________ berkunjung ke rumah datuk dengan membawa ________________ dan makanan ringan.  Datuk berbual-bual dengan ____________ mengenai ___________.  Lili masuk ke dapur untuk menyediakan minuman.  Geetha bertanyakan Lili tentang Danel dan memuji Danel yang kelihatan kemas.

Lili dan Geetha ke kedai untuk membeli beberapa jenis barang.  Selepas membeli barang-barang yang dipesan oleh nenek di kedai _____________ itu, Geetha terus pulang ke rumahnya kerana telah berjanji dengan _____________ hendak bermalam di rumah nenek.

Di luar kedai, Lili nampak sekumpulan pemuda iaitu tiga orang lelaki dikejar oleh dua orang pemuda yang menghayun pedang di udara.  Lili juga mendengar __________ seorang wanita, iaitu __________ yang mahu pemuda itu ditangkap.  Lili segera pulang ke rumah kerana bimbang nenek risau jika dia lambat pulang.

Di rumah, datuk sedang mengurut ___________ Danel.  Lili memberitahu nenek tentang situasi yang dilihatnya.  Nenek terus memberitahu Lili bahawa anak-anak Che Jah itu buat hal lagi, mungkin mencuri lagi.  Lili bertanya lagi punca nenek rapat dengan keluarga Geetha.  Hubungan itu berpunca daripada perubatan tradisional yang diamalkan oleh datuk.

Lili menganggap hubungan itu aneh kerana Danel tidak begitu setuju dengan kaedah rawatan datuk tetapi pada masa yang sama meminta datuk mengurut badannya.  Walaupun Danel pernah bertengkar dengan datuk, tetapi datuk tidak memusuhinya.

Pada sebelah malam, Danel datang lagi ke rumah datuk dan menunjukkan sebuah __________________ yang mengandungi koleksi artikel tulisannya berkaitan ______________.  Danel berminat untuk menjadi penulis artikel di akhbar arus perdana.

Sinopsis Bab 15

Sinopsis Bab 15 m/s ______________

Geetha sibuk membantu Lili dan nenek menyiapkan makan ____________.  Geetha memberitahu nenek bahawa kandungan gula dalam darah ibunya telah stabil kerana mengamalkan minum air daun __________ seperti yang disarankan oleh nenek.  Semasa bersembang tentang kisah zaman muda nenek bersama datuk, nenek mengakui bahawa Lili pendiam seperti ___________ tetapi bijak.  Mereka asyik bercerita sehingga tidak sedar bahawa datuk masih tidak pulang.  _____________ diminta untuk mencari datuk.  Menjelang tengah malam datuk masih belum pulang.  Hasrat Geetha dan Lili untuk melihat matahari terbit terpaksa dibatalkan.  Pada waktu subuh, kelibat datuk kelihatan sedang menuang air sejuk ke dalam cawan.  Terdapat banyak herba dan akar kayu di tepi dinding dapur.  Nenek terus meleteri datuk kerana tindakannya yang menyusahkan orang lain.