Cikgu Lina

Author's posts

Latihan 3 – Cinta Ahmad Mutawakkil

latihan 3 (m/s 44 perenggan 5 – perenggan 8) Kehadiran Tuan Booth dan keluarga, serta lima belas keluarga buruh estet keturunan India serba sedikit merubah wajah kampung kami. Jalan yang dulunya tanah merah batu lada, sudah dikejapkan; tak lagi becak kala musim hujan, dan kurang berkeladak pada musim kemarau. Tuan Booth yang murah senyuman itu, …

Continue reading

Latihan 2 – Cinta Ahmad Mutawakkil

Latihan 2 (ms 43 perenggan 5 – ms 44 perenggan 2) Ahmad Mutawakkil dalam keadaan terhuyung-hayang, bangun perlahan-lahan.  Sebelah tangannya memaut tiang pintu manakala sebelah lagi terkulai.  Waktu itu, kami sedar-perkara yang ditakuti belakangan ini benar-benar terjadi.  Anak tunggal arwah Wak Sadir yang selama ini disanjung laksana lampu ayan yang menerangi kampung, kini di ambang maut. …

Continue reading

Latihan 1 – Cinta Ahmad Mutawakkil

Latihan 1 (ms 43 perenggan 1- perenggan 4) Usai solat maghrib – ketika Imam Ngah Deraman sedang berdoa, dengan tubuh dipaling ke kanan menghadap Penghulu Ibrahim Sigap, dan kami para makmum pula, sepatah demi sepatah, mengaminkan setiap baris kalimah – di pintu surau, terdengar suara orang memberi salam.  Perlahan dan sangat rengsa bunyinya. Sambil berdoa, …

Continue reading

Berbuat Istana Zaman Dahulu

    Baginda menitahkan orang besar empat Membuat istana puri berkota lalu dipanggil Pawang Raja Pawang mengerah orang bekerja Empat puluh empat tukang dan utas siang malam tiada henti Baginda sultan menitahkan empat orang pembesar untuk membina istana sebagai mercu tanda kotanya. Oleh hal yang demikian, Pawang Raja telah mengerah rakyat untuk bekerja keras. Sebanyak …

Continue reading

(No title)

Petikan 9 – PPD Segamat 2016 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan hutan tanah tinggi dan usaha-usaha untuk mengekalkannya.  Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan Hutan adalah sebahagian daripada ekosistem global yang menampung serta memperkaya kehidupan manusia.  Ekosistem hutan mempunyai kitaran yang kompleks, iaitu melibatkan air, …

Continue reading

Petikan 8 – PPD Mersing 2016

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan generasi muda dalam mengisi kemerdekaan dan langkah-langkah meningkatkan kesedaran tentang semangat cinta akan negara dalam kalangan generasi muda.  Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Tahun ini Malaysia meraikan Hari Kemerdekaan yang ke-58 tahun.  Diam tidak diam sudah hampir separuh abad …

Continue reading

Sinopsis Bab 28

Bab 28 : Koi-bito Dahlia amat gembira kerana hubungan keluarganya dengan Nek Kiah semakin rapat.  Akan tetapi, dalam kegembiraan itu,  Dahlia rasa sedikit berduka kerana dia akan ke Kuala Lumpur selepas pertunangannya.  Nek Kiah telah menghadiahkan gelang pusaka kepada Dahlia. Dahlia teringat kembali kenangannya sewaktu pergi membeli cincin dengan Azhari.  Kawan –kawan Dahlia  dan Cikgu …

Continue reading

Sinopsis Bab 27

Bab 27: Bunga-bunga Kejayaan dalam Genggaman Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa Dahlia telah terpilih untuk mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di  Jepun selama empat tahun.  Pemilihan Dahlia dibuat atas cadangan sekolahnya dan Jabatan Pelajaran Johor berdasarkan pencapaiannya dalam peperiksaan. Sebelum bertolak ke Jepun Dahlia akan belajar bahasa Jepun di …

Continue reading

Sinopsis Bab 26

Bab 26: STPM, akan Kugapai Kecemerlangan Dahlia sibuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan STPM menjelang. Dalam kesibukan itu, Azhari telah datang dengan ibunya bagi membincangkan tarikh pertunangan mereka. Keputusan dibuat pada 30 Disember, iaitu selepas Dahlia tamat peperiksaannya.  Dahlia hanya menurut sahaja kehendak keluarga Azhari dan keluarganya. Selepas tamat peperiksaan, Dahlia berasa sedih kerana terpaksa …

Continue reading

Sinopsis Bab 25

Bab 25: Inilah Kampungku! Banjir telah menyebabkan rumah Embong roboh .  Nek Kiah telah mengajak Embong sekeluarga tinggal di rumahnya.  Mereka bersyukur akan perubahan Nek Kiah.  Nek Kiah juga tidak lagi menyebut tentang tanah yang hendak dijual itu. Sebelum semua mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing, Haji Sulaiman telah menyampaikan ucapan kepada penduduk Kampung Parit …

Continue reading