Category: NOVEL

Sinopsis Bab 16

Bab 16: Bisa Ular Tedung Embong terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan.  Semasa ketiadaan ayahnya, Dahlia terpaksa menguruskan banyak perkara.   Mawar yang prihatin tentang kesusahan kakaknya menyuarakan hasrat untuk berhenti sekolah agar dapat menjaga adik-adiknya.  Dahlia menegah Mawar kerana Mawar pernah berjanji kepada emak mereka untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SRP. Sewaktu Dahlia …

Continue reading

Sinopsis Bab 15

Bab 15: Ingin Mempersunting Bunga di Taman Keluarga Azhari telah datang merisik Dahlia namun Embong berasa berat untuk menerima lamaran tersebut kerana Dahlia merupakan anak sulung yang menjadi harapan keluarga.  Embong sangat berharap Dahlia dapat belajar hingga ke universiti dan dapat membantu keluarga mereka.  Walau bagaimanapun, ibu Azhari yang mengetuai rombongan itu kerana suaminya ke …

Continue reading

Sinopsis Bab 14

Bab 14: Hilang dari Kandang Tauke Lim datang kerana mahu membeli kambing Embong namun hampa apabila mendapat tahu kambing tersebut telah hilang.  Embong meluahkan rasa kesal kerana kambing yang menjadi harapannya telah dicuri orang. Embong meminta Tauke Lim memberitahu kepadanya jika ada orang yang ingin menjual kambing kepada Tauke Lim kerana dia ingin memastikan sama …

Continue reading

Sinopsis Bab 13

Bab 13: Pahitnya Menelan Kenyataan Embong terkejut apabila melihat Dahlia pulang dengan kereta yang dipandu oleh seorang lelaki  dan mula berprasangka yang bukan-bukan terhadap Dahlia. Pada malam itu, Dahlia memberitahu keluarganya supaya tidak risau akan keadaan Saleha yang sedang dirawat.  Apabila Dahlia melihat ayahnya keseorangan di pintu barulah Dahlia menceritakan perkara sebenar.  Dahlia tidak mahu …

Continue reading

Sinopsis Bab 12

Bab 12: Air Mata Menitis di Hospital Permai  Dahlia menaiki teksi ke Hospital Permai dan tiba di situ pada pukul 3:15 petang. Dia membayangkan kedatangannya disambut oleh emaknya dengan baik.  Lamunan Dahlia dikejutkan oleh seorang wanita berusia 30-an yang bertanya tentang tujuan kedatangannya.  Wanita itu mencadangkan agar Dahlia berjumpa dengan doktor yang merawat emaknya.  Doktor …

Continue reading

Sinopsis Bab 11

Bab 11: Pedihnya Melayan Kerenah Anak Kemarahan Embong meletus kerana Abu Bakar, anak lelaki tunggalnya tidak boleh diharap dan suka berseronok sahaja.  Abu Bakar kerap tidak pulang ke rumah.  Kemarahan Embong semakin membara apabila Abu Bakar tidak mempedulikan kata-katanya dan terus berlalu dengan menunggang motosikal. Embong teringat kembali ular sawa yang telah diberikan kepada Tauke …

Continue reading

Sinopsis Bab 10

Bab 10: Selamat Tinggal, Asrama Puteri ! Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang telah mengambil keputusan untuk keluar dari asrama.  Beliau mendesak Dahlia untuk memberitahu puncanya tetapi Dahlia hanya memberitahu bahawa dia ada masalah keluarga.  Dahlia tidak mahu menceritakan perkara sebenar. Cikgu Salwani meminta Dahlia agar jangan keluar dari asrama kerana peperiksaan STPM tinggal hanya empat …

Continue reading

Sinopsis Bab 9

Bab 9: Apabila Tamak Menguasai Jiwa Najib telah datang bersama dengan Kavita untuk berjumpa dengan Dahlia.  Setelah melihat kedaifan hidup keluarga Dahlia, barulah dia mengerti punca Dahlia menolak hasratnya untuk datang pada Hari Raya Aidilfitri.  Najib menawarkan diri untuk membawa adik Dahlia yang demam ke klinik. Pada masa itu,  bapa saudara Dahlia, Pak Cik Seman …

Continue reading

Sinopsis Bab 8

Bab 8 : Bayang-bayang Kecelakaan Dahlia bermimpi  buruk tentang seekor ular sawa yang cuba membelitnya. Dahlia tersedar daripada tidur  apabila terdengar tangisan Anggerik yang demam panas. Dahlia bercadang untuk membawa Anggerik ke klinik pada petang itu.  Dahlia ternampak dua orang lelaki bersongkok ke rumah Aton.  Dia terimbas semula kata-kata orang yang menuduhnya lambat menyelamatkan Said. …

Continue reading

Sinopsis Bab 7

Bab 7: Berbudi Berbalas Nista Dahlia menangis setelah pulang daripada menziarahi mayat Said hingga menyebabkan Embong kehairanan.  Setahunya, Dahlia telah dididik berjiwa kuat dan mampu menghadapi setiap dugaan.  Selepas itu, Embong ke rumah Aton untuk menziarahi jenazah Said, anak tunggal Aton.  Aton mencari Embong dan memarahinya dengan mengatakan anaknya, Dahlialah yang menyebabkan Said mati dan …

Continue reading