Category: SINOPSIS SBE

Sinopsis Bab 8

Bab 8 : Bayang-bayang Kecelakaan Dahlia bermimpi  buruk tentang seekor ular sawa yang cuba membelitnya. Dahlia tersedar daripada tidur  apabila terdengar tangisan Anggerik yang demam panas. Dahlia bercadang untuk membawa Anggerik ke klinik pada petang itu.  Dahlia ternampak dua orang lelaki bersongkok ke rumah Aton.  Dia terimbas semula kata-kata orang yang menuduhnya lambat menyelamatkan Said. …

Continue reading

Sinopsis Bab 7

Bab 7: Berbudi Berbalas Nista Dahlia menangis setelah pulang daripada menziarahi mayat Said hingga menyebabkan Embong kehairanan.  Setahunya, Dahlia telah dididik berjiwa kuat dan mampu menghadapi setiap dugaan.  Selepas itu, Embong ke rumah Aton untuk menziarahi jenazah Said, anak tunggal Aton.  Aton mencari Embong dan memarahinya dengan mengatakan anaknya, Dahlialah yang menyebabkan Said mati dan …

Continue reading

Sinopsis Bab 6

Bab 6: Ditelan Arus Deras Dahlia telah dihantar oleh Haji Sulaiman ke rumahnya. Haji Sulaiman telah memberitahu abahnya tentang Saleha yang telah dihantar ke Hospital Permai. Abah seolah-olah menyalahkan nasibnya yang sebegitu. Pada petang itu Nek Kiah telah datang ke rumahnya bertanyakan emaknya yang dikatakan telah dihantar ke rumah orang gila.  Dahlia amat terpukul dengan …

Continue reading

Sinopsis Bab 5

Bab 5: Kata Setajam Pedang Dahlia menaiki bas JMBC berjalur merah untuk ke sekolah walaupun dia sudah lewat.  Dia yang sepatutnya pulang pada hari Sabtu ke asrama tidak berbuat demikian kerana adiknya, Anggerik asyik menangis.  Dahlia tidak rela dituduh  mementingkan diri sendiri lalu mengambil keputusan untuk bergerak ke sekolah pada pagi Ahad.  Dahlia sampai lewat …

Continue reading

Sinopsis Bab 4

Bab 4: Dibuai Kenangan Indah Dahlia menyelesaikan kerja rumah, kerja sekolah dan membantu  Melati menyiapkan latihan Matematik.  Dahlia merebahkan dirinya di sebelah Anggerik yang mula menangis.  Dahlia mengimbas kembali pantun yang diungkapkan oleh Azhari sewaktu menghantarnya pulang pada hari Khamis yang lalu.  Ungkapan Azhari seolah-lah menggambarkan bahawa dia akan menyunting Dahlia sebagai suri hidupnya tetapi …

Continue reading

Sinopsis Bab 3

Jangan Tinggalkan Kami                 Cerita bermula dengan ibu Dahlia bermantera manakala Dahlia sedang berdoa usai solat isyak.  Keadaan ibunya mengganggu perasaan Dahlia yag tertanya-tanya sama ada ibunya disihir orang tetapi Dahlia tidak dapat membayangkan siapa-siapa yang berdengki atau sakit hati terhadap ibunya.  Sedar akan masalah yang dialami adalah ketentuan dari Allah, Dahlia berdoa agar  dikuatkan imannya …

Continue reading

Sinopsis Bab 2

Detik-Detik Hati Tersentuh – melihat insan yang disayangi tidak lagi seperti sebelumnya.  Hati bagai dihiris sembilu.  Hidup dalam kekurangan mampu dihadapi tapi berdepan dengan hakikat ibu sendiri seperti orang kurang siumannya benar-benar membuatkan dirinya hilang kata-kata. Dahlia menyinsing kain berjalan kaki pulang ke rumah di jalan yang becak selepas hujan.  Dia menoleh ke belakang dengan …

Continue reading

Sinopsis Bab 1

Cerita bermula dengan Dahlia dan Siti Wangi yang keletihan berlatih bola jaring bersama rakan-rakannya di padang lalu duduk berehat di kerusi panjang.  Siti Wangi mengajak Dahlia untuk berjoging pada sebelah petang namun  Dahlia memberitahu Siti Wangi tentang keinginannya untuk balik ke kampung.  Siti Wangi mengusik Dahlia bahawa ada seseorang yang istimewa sedang menunggu Dahlia di kampung.  Usikan tersebut …

Continue reading