KC13-Kebaikan aktiviti kokurikulum-PCB Perlis 2018

Contah karangan adalah untuk panduan pelajar berkemahiran sederhana dalam penulisan karangan.  Moga membantu.

KC12-Adab Murid kepada Guru-PCB Perlis 2018

Contah karangan adalah untuk panduan pelajar berkemahiran sederhana dalam penulisan karangan.  Moga membantu.

KC11-Faedah Koperasi Sekolah-PCB Kedah 2018

Contah karangan adalah untuk panduan pelajar berkemahiran sederhana dalam penulisan karangan.  Moga membantu.

1 Sekolah 1 Koperasi Bermutu.  Madah hikmah ini amat bertepatan dengan isu koperasi sekolah sehingga menjadi bual bicara rakyat Malaysia yang kian celik tentang kepentingannya.  Hal ini demikian kerana rakyat negara ini mengetahui bahawa koperasi sekolah mendatangkan banyak faedah kepada pengguna. Sehubungan dengan itu, semua pihak perlulah berganding bahu untuk meningkatkan kesedaran berkaitan isu ini dalam kalangan pelajar sehingga mencapai objektifnya bak pepatah alang-alang berdakwat biar hitam.  Persoalan yang akan menjadi topik perbincangan seterusnya ialah apakah faedah-faedah koperasi sekolah?

Idea utama yang ingin diketengahkan dalam senario ini ialah pelajar memperoleh harga murah apabila membeli barangan di koperasi.  Hal ini dikatakan sedemikian kerana koperasi telah mendapatkan barangan secara pukal dan menjual dengan harga yang lebih murah kepada ahli koperasi sebagai tanda penghargaan.  Antara contoh yang boleh dikemukakan dalam hal ini ialah pihak koperasi menjual pakaian sukan sekolah, peralatan menulis yang lebih murah berbanding harga yang dijual dalam pasaran. Secara tidak langsung, pelajar dapat menjimatkan wang perbelanjaan jika berbelanja di koperasi sekolah dan turut menerima dividen hasil keuntungan koperasi. Sudah terang lagi bersuluh bahawa memperoleh harga murah merupakan antara faedah koperasi sekolah.

Tidak dapat disangkal bahawa pelajar mendapat ilmu perniagaan juga antara faedah koperasi sekolah.  Situasi ini berkait rapat dengan tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh pengawas koperasi ketika menguruskan koperasi sekolah di bawah kendalian guru koperasi.  Contoh yang paling sesuai untuk menjelaskan situasi ini ialah pengawas koperasi dilatih untuk melayan pelanggan dengan berhemah, menguruskan stok dan merekodkan hasil jualan dengan jujur.  Hal ini bermaksud pengawas koperasi telah diberi pendedahan awal tentang bidang keusahawanan untuk mereka belajar berniaga pada masa hadapan. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa mendapat ilmu perniagaan adalah sebahagian daripada kelebihan koperasi sekolah.

Selain itu, warga sekolah akan lebih mudah mendapat barangan dan perkhidmatan turut mewarnai topik perbincangan berkaitan faedah koperasi sekolah.  Situasi ini bermaksud koperasi sekolah yang proaktif akan menjual pelbagai jenis barangan keperluan, bukan sekadar keperluan asas pelajar terutamanya untuk kegunaan pelajar asrama.  Contoh yang boleh kita kupas ialah koperasi sekolah menjual barang kering keperluan dapur yang turut menarik pelanggan dalam kalangan guru dan kakitangan sekolah.  Pihak koperasi mengetahui bahawa perkhidmatan seperti ini mampu menjimatkan masa guru dan pelajar yang sentiasa sibuk dengan tugas.  Maka, jelaslah di sini bahawa pelanggan mudah mendapat barangan dan perkhidmatan merupakan antara kemaslahatan koperasi sekolah.

Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa koperasi sekolah tidak boleh dipandang enteng oleh masyarakat.  Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita mestilah saling bekerjasama dan bukannya bersikap bagai enau dalam belukar dalam menghadapi sebarang isu berkaitan senario ini. Semoga segala usaha yang dilakukan berjaya memastikan koperasi sekolah semakin dinaiktaraf.  Bak kata pepatah, yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.  Sebagai penutup bicara, marilah sama-sama kita hayati sebuah ungkapan yang bermakna iaitu Koperasi Sekolah Pemangkin Ekonomi Ummah.

KC10-Kebaikan aplikasi perniagaan dalam talian

Contoh karangan adalah untuk panduan pelajar berkemahiran sederhana dalam penulisan karangan.  Moga membantu

PCB MRSM 2018

 

KC9-Pusat Sumber Sekolah

Contoh karangan ini adalah sebagai panduan pelajar kategori sederhana.  Moga dapat membantu.

Langkah 1 : Kajian Soalan

Tema – pusat sumber sekolah
Fokus Soalan (FS) – peranan pusat sumber sekolah
Contoh isu berkaitan tema  – murid malas ke pusat sumber sekolah
Isi 1 – pusat penempatan bahan-bahan sumber
Isi 2 – tempat murid-murid menghabiskan masa dengan berfaedah
Isi 3 – murid dapat mengakses ilmu melalui kemudahan elektronik
Ungkapan menarik – Pusat Sumber Gedung Ilmu
Format – pendapat

Langkah 2 : Menulis Pengenalan

Pusat Sumber Gedung Ilmu.  Madah hikmah ini amat bertepatan dengan pusat sumber sehingga menjadi bual bicara rakyat Malaysia yang kita celik tentang kepentingannya.  Hal ini demikian kerana rakyat negara ini mengetahui bahawa pusat sumber mendatangkan pelbagai impak positif.  Pelbagai usaha berkaitan situasi ini telah dijalankan dan hasilnya tidak begitu memberangsangkan kerana ramai murid masih malas ke pusat sumber.  Persoalan yang akan menjadi topik perbincangan seterusnya ialah apakah peranan pusat sumber sekolah? 66 patah perkataan

Idea utama yang ingin diketengahkan dalam senario ini ialah pusat sumber menjadi pusat penempatan bahan-bahan sumber.  Hal ini dikatakan sedemikian kerana murid dan guru memerlukan sebuah tempat untuk mendapatkan semua bahan pembelajaran dengan mudah.  Antara contoh yang boleh dikemukakan dalam hal ini ialah pusat sumber dilengkapi dengan buku-buku, majalah, surat khabar, kamus, bahan bantu mengajar, kemudahan Internet dan lain-lain.  Secara tidak langsung, murid dapat  belajar dengan lebih selesa kerana semua keperluan untuk belajar dapat diperoleh di sebuah pusat yang kondusif.   Sudah terang lagi bersuluh bahawa pusat penempatan bahan-bahan sumber merupakan antara peranan pusat sumber.

Tidak dapat disangkal bahawa pusat sumber menjadi tempat murid menghabiskan masa dengan berfaedah juga merupakan peranan pusat sumber.  Situasi ini berkait rapat dengan kemudahan yang ada di pusat sumber iaitu koleksi buku untuk dibaca oleh murid pada waktu rehat atau pada waktu selepas sesi persekolahan.  Contoh yang paling sesuai untuk menjelaskan situasi ini ialah murid boleh membaca buku cerita atau surat khabar dalam keadaan santai tanpa membazirkan masa bersembang kosong atau berkeliaran di kawasan sekolah.  Hal ini bermaksud murid tersebut akan dapat menambah ilmu pengetahuan selain dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan masalah sosial seperti aktivit membuli.  Tidak dapat dinafikan lagi bahawa tempat murid menghabiskan masa dengan berfaedah adalah sebahagian daripada peranan pusat sumber.

Selain itu, murid dapat mengakses ilmu melalui kemudahan elektronik turut mewarnai topik perbincangan berkaitan peranan pusat sumber.  Situasi ini bermaksud murid ke pusat sumber untuk mendapatkan maklumat menggunakan sumber selain buku yang disediakan di pusat sumber seperti televisyen, cakera padat, video dan kemudahan Internet.  Contoh yang boleh kita kupas ialah murid mengunakan kemudahan Pusat Akses yang terdapat di pusat sumber untuk mencari maklumat dengan pantas.  Secara tidak langsung, murid akan lebih berminat untuk belajar di pusat sumber.  Maka jelaslah di sini bahawa murid dapat mengakses ilmu melalui kemudahan elektronik merupakan antara fungsi pusat sumber.

Hasil penutup :

Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa pusat sumber tidak boleh dipandang enteng oleh masyarakat.  Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita mestilah saling bekerjasama dan bukannya bersikap bagai enau dalam belukar untuk menghadapi sebarang isu berkaitan senario ini.  Semoga segala usaha yang dilakukan berjaya memastikan pusat sumber semakin dinaiktaraf.  Sebagai penutup bicara, marilah sama-sama kita hayati sebuah ungkapan yang bermakna iaitu Pusat Sumber Pemangkin Kecemerlangan Sekolah.

Pengajaran

Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari.

Saya telah mengkaji novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat Darin.  Terdapat beberapa pengajaran yang dipaparkan dalam novel ini.

Kita hendaklah meneguhkan ilmu agama dalam diri.  Contohnya, datuk mementingkan ilmu agama.  Datuk Lili mengajar Lili ilmu-ilmu agama kerana sikap ibu Lili yang tidak mengambil berat tentang ilmu agama.

Kita janganlah melakukan penderaan terhadap ahli keluarga.  Contohnya, Seman selalu mendera anak dan isterinya.  Dia memukul dan memaki hamun isterinya Che Jah dan anak-anaknya hingga Che Jah meminta cerai kerana tidak tahan dengan perangai Seman.

 

Latar Tempat

Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu latar tempat bagi setiap novel tersebut.

Dalam novel Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Mat Darin, latarnya di rumah Che Jah. Kak Mimah dan Nadia sebagai pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat datang ke rumah Che Jah untuk menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang dialaminya.

Dalam novel Songket berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip, latarnya di hospital.  Ibu Dahlia yang menghidapi kemurungan dihantar ke Hospital Batu Pahat.  Kemudian dia dihantar ke Hospital Permai,Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan pemulihan.

 

Nilai Ketaatan

Salah satu nilai yang terdapat dalam novel ialah nilai ketaatan.

Jelaskan dua peristiwa yang menggambarkan nilai ketaatan dalam sebuah novel yang anda pelajari.

Saya telah mengkaji novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat Darin.  Dalam novel ini terdapat nilai ketaatan.

Nilai ketaatan anak terhadap perintah ibu bapa dipaparkan dalam novel ini.  Contohnya, Lili tidak membantah apabila diminta oleh ibunya untuk menghabiskan cuti persekolahan di kampung bagi menemani datuk dan nenek walaupun sebenarnya dia telah mempunyai perancangan untuk bersama-sama rakannya.

Terdapat juga nilai ketaatan umat terhadap suruhan Tuhan.  Contohnya, Datuk Lili iaitu Haji Abdul Rahman rajin beribadat seperti solat dan berzikir.


Saya telah mengkaji novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip.  Terdapat nilai ketaatan dipaparkan dalam novel ini.

Nilai yang pertama ialah nilai ketaatan anak terhadap perintah ibu bapa.  Contohnya, Mawar, Kiambang dan Melati taat akan suruhan bapa mereka untuk menjaga adik mereka Anggerik semasa ketiadaan ibu mereka yang dirawat di hospital.

Nilai yang seterusnya ialah nilai ketaatan umat terhadap Tuhan.  Contohnya, Embong percaya bahawa isterinya Saleha menjadi tidak siuman kerana kehendak Allah.

Pengajaran – Baik hati

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu pengajaran tentang baik hati yang terdapat dalam setiap novel tersebut.

Novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat Darin telah memaparkan pengajaran tentang baik hati iaitu kita hendaklah baik hati dalam menghulurkan bantuan kepada orang lain agar dapat meringankan bebannya.  Contohnya, Lili baik hati apabila sanggup membantu menyelesaikan masalah rumah tangga yang dihadapi oleh Che Jah akibat sikap panas baran suaminya, Seman.

Dalam novel Songket Berbenang Emas pula, pengajaran tentang baik hati ialah kita hendaklah baik hati dalam memberikan kemaafan kepada orang lain.  Contohnya, Dahlia sekeluarga bersikap baik hati dengan tidak berdendam terhadap Nek Kiah yang telah lama bersikap pilih kasih terhadap keluarga mereka.  Nek Kiah telah insaf dan menerima keluarga Dahlia dengan ikhlas.

Persoalan ketabahan

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan persoalan ketabahan yang terdapat dalam novel tersebut.

Saya telah mengkaji novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat Darin.  Terdapat persoalan ketabahan dalam novel ini.

Persoalan ketabahan isteri menghadapi masalah rumah tangga.  Contohnya, Che Jah tabah menghadapi kerenah suaminya Seman yang panas baran dan selalu memukulnya dan anak-anak.

Terdapat juga persoalan ketabahan orang tua menghadapi cemuhan masyarakat.  Haji Abdul Rahman, datuk Lili tabah menghadapi cemuhan orang kampung yang menuduhnya sebagai pengkhianat.  Hal ini disebabkan datuk dipercayai bersubahat dengan Sugi untuk memujuk orang kampung menjual tanah kepada pemaju.