February 2018 archive

Sinopsis Bab 20

Bab 20 : Ingin Kujunjung Langit Nek Kiah datang lagi untuk mengingatkan Dahlia tentang tanah tersebut yang akan dijual.  Nek Kiah terkejut apabila melihat Embong telah ada di rumah. Embong menggunakan kesempatan itu untuk mengenakan  Nek Kiah dengan menggunakan parang yang sedang dipegangnya tajam dan pasti senang untuk memotong leher.  Nek Kiah bergegas pulang ke …

Continue reading

Sinopsis Bab 19

Bab 19 : Apabila Dua Jejaka Bertemu Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia supaya tidak berhenti sekolah sebaliknya terus bertabah lebih kurang empat lima bulan sahaja lagi sebelum menghadapi peperiksaan.  Namun begitu, Dahlia terasa amat sukar untuk ke sekolah semula kerana memikirkan adik-adiknya yang memerlukan penjagaannya. Najib datang ke rumah Dahlia dan melihat beberapa orang …

Continue reading

Sinopsis Bab 18

Bab 18: Budi Tanpa Mengira Warna Kulit Pada pagi itu, Dahlia membawa Anggerik untuk melawat abahnya di hospital. Semasa sedang menunggu bas di pondok bas, Tauke Lim telah datang bertanyakan perihal tanah yang akan dijual.  Menurut Seman, Dahlia telah bersetuju untuk menjual tanah tersebut, tetapi Dahlia menafikannya.  Tauke Lim berasa hairan akan sikap Nek Kiah …

Continue reading

Sinopsis Bab 17

Bab 17: Kupertahankan Tanah Sekangkang Kera Dahlia tertekan kerana banyak perkara yang difikirkannya termasuklah tentang pelajarannya yang banyak ketinggalan disebabkan dia kerap ponteng sekolah, masalah emaknya yang masih dirawat di hospital, abahnya pula dipatuk ular dan sedang dirawat di Hospital Batu Pahat.  Adiknya, Abu Bakar langsung tidak boleh diharap untuk membantunya dan juga hasrat Azhari …

Continue reading

Sinopsis Bab 16

Bab 16: Bisa Ular Tedung Embong terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan.  Semasa ketiadaan ayahnya, Dahlia terpaksa menguruskan banyak perkara.   Mawar yang prihatin tentang kesusahan kakaknya menyuarakan hasrat untuk berhenti sekolah agar dapat menjaga adik-adiknya.  Dahlia menegah Mawar kerana Mawar pernah berjanji kepada emak mereka untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SRP. Sewaktu Dahlia …

Continue reading

Sinopsis Bab 15

Bab 15: Ingin Mempersunting Bunga di Taman Keluarga Azhari telah datang merisik Dahlia namun Embong berasa berat untuk menerima lamaran tersebut kerana Dahlia merupakan anak sulung yang menjadi harapan keluarga.  Embong sangat berharap Dahlia dapat belajar hingga ke universiti dan dapat membantu keluarga mereka.  Walau bagaimanapun, ibu Azhari yang mengetuai rombongan itu kerana suaminya ke …

Continue reading

Sinopsis Bab 14

Bab 14: Hilang dari Kandang Tauke Lim datang kerana mahu membeli kambing Embong namun hampa apabila mendapat tahu kambing tersebut telah hilang.  Embong meluahkan rasa kesal kerana kambing yang menjadi harapannya telah dicuri orang. Embong meminta Tauke Lim memberitahu kepadanya jika ada orang yang ingin menjual kambing kepada Tauke Lim kerana dia ingin memastikan sama …

Continue reading

Sinopsis Bab 13

Bab 13: Pahitnya Menelan Kenyataan Embong terkejut apabila melihat Dahlia pulang dengan kereta yang dipandu oleh seorang lelaki  dan mula berprasangka yang bukan-bukan terhadap Dahlia. Pada malam itu, Dahlia memberitahu keluarganya supaya tidak risau akan keadaan Saleha yang sedang dirawat.  Apabila Dahlia melihat ayahnya keseorangan di pintu barulah Dahlia menceritakan perkara sebenar.  Dahlia tidak mahu …

Continue reading

Sinopsis Bab 12

Bab 12: Air Mata Menitis di Hospital Permai  Dahlia menaiki teksi ke Hospital Permai dan tiba di situ pada pukul 3:15 petang. Dia membayangkan kedatangannya disambut oleh emaknya dengan baik.  Lamunan Dahlia dikejutkan oleh seorang wanita berusia 30-an yang bertanya tentang tujuan kedatangannya.  Wanita itu mencadangkan agar Dahlia berjumpa dengan doktor yang merawat emaknya.  Doktor …

Continue reading

Sinopsis Bab 11

Bab 11: Pedihnya Melayan Kerenah Anak Kemarahan Embong meletus kerana Abu Bakar, anak lelaki tunggalnya tidak boleh diharap dan suka berseronok sahaja.  Abu Bakar kerap tidak pulang ke rumah.  Kemarahan Embong semakin membara apabila Abu Bakar tidak mempedulikan kata-katanya dan terus berlalu dengan menunggang motosikal. Embong teringat kembali ular sawa yang telah diberikan kepada Tauke …

Continue reading