Sinopsis Bab 6

Bab 6: Ditelan Arus Deras

Dahlia telah dihantar oleh Haji Sulaiman ke rumahnya. Haji Sulaiman telah memberitahu abahnya tentang Saleha yang telah dihantar ke Hospital Permai. Abah seolah-olah menyalahkan nasibnya yang sebegitu. Pada petang itu Nek Kiah telah datang ke rumahnya bertanyakan emaknya yang dikatakan telah dihantar ke rumah orang gila.  Dahlia amat terpukul dengan perkataan “ orang gila” yang dilafazkan oleh Nek Kiah, nenek yang melahirkan emaknya. Nek Kiah memberitahu beliau geram apabila semua orang bercakap mengenai emak Dahlia di balai raya.  Dia berpendapat bahawa punca emak Dahlia gila kerana rumah itu dikuasai hantu dan syaitan dan selepas ini mungkin ahli keluarga yang lain pula akan terkena.  Nek Kiah telah mengeluarkan kapur dan menggores pintu rumah dan pintu tengah dengan tanda pangkah supaya hantu tidak masuk ke dalam rumah.  Dahlia mengucap dua kalimah syahadah beberapa kali kerana tidak percaya dengan tindakan neneknya itu. Bagi Dahlia, segala yang berlaku adalah ketentuan Tuhan.

Tiba-tiba Dahlia dikejutkan dengan jeritan dari tebing sungai yang mengatakan Said telah hilang dibawa arus sungai.  Dahlia terus terjun ke dalam sungai untuk mencari Said.  Cubaan pertama kali gagal.  Akhirnya, Dahlia telah menemui Said sambil dibantu oleh seorang pemuda yang bukan penduduk kampung itu.  Malangnya, denyutan jantung Said sudah terhenti.  Nek Kiah telah menyuruh pemuda itu menanggung Said sambil mengeliling rumah sebanyak tujuh kali kerana dikatakan nyawanya boleh kembali tetapi malangnya Said telah tiada.

Sinopsis Bab 5

Bab 5: Kata Setajam Pedang

Dahlia menaiki bas JMBC berjalur merah untuk ke sekolah walaupun dia sudah lewat.  Dia yang sepatutnya pulang pada hari Sabtu ke asrama tidak berbuat demikian kerana adiknya, Anggerik asyik menangis.  Dahlia tidak rela dituduh  mementingkan diri sendiri lalu mengambil keputusan untuk bergerak ke sekolah pada pagi Ahad.  Dahlia sampai lewat ke Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong Ibrahim pada jam 7.55 pagi.  Pintu pagar telah berkunci.  Dahlia menegur Cikgu Salwani, warden asramanya sedang menuju ke bilik guru. Dahlia ditanya oleh Cikgu Salwani punca kelewatannya dan meminta Dahlia berjumpa dengannya pada petang itu.

Dahlia tidak dapat menumpukan perhatiannya di dalam kelas.  Dia asyik teringat  akan keadaan emaknya, Anggerik dan ayahnya.  Siti Wangi mengingatkan Dahlia tentang janji temu pada pukul 2:00 petang untuk membincangkan kertas kerja yang akan dibentangkan pada hari Khamis.  Dahlia memberitahu dia tidak bersedia dan pada petang itu dia hendak melawat emaknya di  hospital.  Pada petang itu, Dahlia tidak bertemu dengan Cikgu Salwani kerana dia risau akan disoal pelbagai soalan.  Dahlia telah keluar dari asrama tanpa kebenaran wardennya dan terus pergi ke hospital untuk melawat emaknya.   Di situ, Dahlia terserempak dengan Haji Sulaiman dan dimaklumkan emaknya telah dipindahkan ke Hospital Permai, Johor Bahru.

Sinopsis Bab 4

Bab 4: Dibuai Kenangan Indah

Dahlia menyelesaikan kerja rumah, kerja sekolah dan membantu  Melati menyiapkan latihan Matematik.  Dahlia merebahkan dirinya di sebelah Anggerik yang mula menangis.  Dahlia mengimbas kembali pantun yang diungkapkan oleh Azhari sewaktu menghantarnya pulang pada hari Khamis yang lalu.  Ungkapan Azhari seolah-lah menggambarkan bahawa dia akan menyunting Dahlia sebagai suri hidupnya tetapi Dahlia tidak sanggup untuk melukakan hati sesiapa.  Dia memohon pengertian Azhari tentang keadaan keluarganya yang bergantung harap padanya sebagai anak sulung.

Pada petang Khamis itu,  Dahlia  dihantar oleh Azhari pulang ke kampung tetapi Dahlia meminta Azhari memberhentikannya jauh dari rumahnya untuk mengelakkan salah faham orang kampung.  Dahlia dikejutkan oleh ayahnya yang menyuruhnya pergi ke sekolah esok hari dan Embong akan menguruskan hal berkaitan adik-adik Dahlia walaupun sebenarnya beliau sendiri tidak tahu akan cara untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana beliau terpaksa bekerja mencari nafkah keluarga.  Perkara inilah yang menjadi punca beliau tidak mahu menghantar isterinya ke hospital.  Embong pasrah memikirkan masalah tersebut dan menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan.

Embong mengimbas kembali perbualannya dengan Saleha mengenai ibu mentuanya, Nek Kiah yang tidak suka akan keluarga mereka disebabkan kemiskinan mereka  tidak seperti anak-anaknya yang lain. Anak-anak Saleha dan Embong tidak dianggap sebagai cucu sendiri oleh Nek Kiah.  Embong juga  teringat peristiwa isterinya pernah memberitahu bahawa sejak belakangan ini dia terasa ada bayang-bayang mengejarnya. Telinganya juga sering terdengar suara yang pelik-pelik. Badannya juga terasa lemah.

Embong dikejutkan oleh suara Dahlia yang disangkakan isterinya.  Embong memberitahu Dahlia doktor memaklumkan emaknya hanya runsing,  Embong tidak menceritakan perkara sebenar yang berlaku kepada Saleha di bilik kurungan di hospital  itu kerana bimbang Dahlia tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajarannya.  Embong juga memberitahu bahawa beliau akan memetik buah kelapa sawit Haji Sulaiman pada keesokannya.  Abu Bakar, adik Dahlia pula sudah tiga hari tidak balik ke rumah dan rela menjadi gelandangan setelah mendapat gred  tiga dalam SPM.

Sinopsis Bab 33

Sinopsis Bab 33, ms _________

Kak Mimah dan _______ datang ke kampung untuk menyelesaikan masalah keluarga _____.  Che Jah datang mengadu kepada Kak Mimah tentang masalahnya yang sudah bertahun-tahun dianiaya.  Kak Mimah memberi panduan tentang perkara yang perlu dilakukan oleh Che Jah tetapi masalahnya Che Jah enggan bercerai dengan Seman.

Lili mencadangkan agar ___________ dibawa ke pusat pemulihan akidah walaupun kosnya sangat tinggi.  Kak Mimah bersetuju dan boleh membantu dari segi kosnya tetapi laporan polis mesti dibuat terlebih dahulu.

Akhirnya Che Jah berjaya dipujuk dan menyedari bahawa selama ini dia sangat menderita.  Kubah yang dilarikan itu adalah perbuatan ______nya.  Manakala Haziq dan Rafiq juga akan dibantu memandangkan persekolahan mereka terbengkalai.

Che Jah dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.  Suami Che Jah diserahkan kepada polis setelah ditangkap oleh orang kampung.  Lili, Geetha, Kak Bibah dan dua orang lelaki mengawal Haziq dan Rafiq di rumah datuk.

Rafiq muncul secara tiba-tiba mengejutkan mereka tetapi akhirnya tumbang di tengan rumah.  Di luar rumah, kedengaran teriakan sekumpulan pemuda yang membawa sepanduk dan melaung-laungkan bahawa Haji __________ pengkhianat bangsa.

Sinopsis Bab 32

Sinopsis Bab 32, ms _______

Suasana kecoh di luar rumah menyebabkan Lili membuka jendela dan dia mendengar orang bercakap tentang kubah yang telah dilarikan orang.  Anak-anak Che Jah dituduh melakukan perkara itu kerana mereka pernah mencuri _________ di surau. Lili tidak membenarkan orang kampung menuduh begitu tetapi Lili dilarang masuk campur.

Lili bimbang Rafiq dan Haziq diapa-apakan orang kampung tetapi tanpa disangka, datuk mengheret kedua-dua orang budak itu ke rumahnya.  Datuk menyuruh orang kampung pulang ke rumah.  Datuk menyuruh orang kampung pulang dan kedua-dua orang anak Che Jah diletakkan di rumahnya.  Datuk berusaha mengubati kedua-dua orang budak itu.

Sinopsis Bab 31

Sinopsis Bab 31, ms_______

Danel dan Geetha berbual-bual tentang madu lebah, kambing dan pokok vanilla yang boleh mendatangkan pulangan lumayan.  Danel menceritakan tentang khasiat madu lebah dan dia juga pernah menulis tentang madu lebah.

Datuk tiba-tiba bercerita tentang Che Jah dan dia dihubungi oleh Puan Hamimah di Kuala Lumpur.  Datuk ingin membawa suami Che Jah ke penjara.  Sikap suami Che Jah terhadap isterinya dan anak-anak tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

Lili melihat Geetha dan Danel diam saja semasa mendengar kata-kata Che Jah.  Lili menganggap Geetha dan Danel dilamun _________.  Esoknya, AJK surau akan bermesyuarat mengenai suami Che Jah.

Datuk menjelaskan bahawa masanya sudah tiba untuk memperbetulkan keadaan kerana bagi datuk, kisah penderaan, isu kubah dan masalah pembangunan tidak sepatutnya berlaku.

Sinopsis Bab 30,

Sinopsis Bab 30, ms ________

Cadangan untuk menampal poster tidak jadi sebaliknya pengumuman mesti dibuat di ________ ketika majlis pernikahan anak __________.  Danel berharap Lili dapat bercakap di majlis itu nanti.

Lili pula berharap _____ dapat membantu usaha mereka.  Danel bimbang kerana Geeta bukan beragama Islam.  Rupanya Lili ingin meminta bantuan Geetha dalam isu __________.

Geetha mengusik hubungan Lili dengan Danel.  Lili tidak suka dan tidak mahu Geetha menyebut tentang Danel ialah teman ___________nya.

Nenek setuju ke rumah Che Jah untuk menemani mereka.  Sebaik tiba di sana, rumah Che Jah kosong.

Sinopsis Bab 29

Sinopsis Bab 29, ms______

Puan Hamimah bersedia membantu masalah ____________ dan meminta Lili menjadi saksi bagi kes tersebut.

Penyakit gout Puan Hamimah semakin sembuh.  Selepas dia pulang, nenek ke rumah Che Jah untuk menghantar makanan.  10 minit selepas itu, Makcik _____________ datang berseorangan.  Selepas Makcik _______ pulang, _______ pula muncul.  Danel ingin membuat pertemuan terbuka dengan penduduk kampung untuk menjelaskan kepentingan membina masjid.  Lili dan Danel mesti bekerjasama dalam hal ini.  Mereka bersetuju untuk menggunakan poster sebagai medium makluman.

Sinopsis Bab 28

Sinopsis Bab 28, ms_______

Nenek pulang dan memberitahu bahawa Che Jah belum diceraikan.  Lili pelik dengan sikap tidak ambil peduli orang kampung sedangkan Seman seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab terhadap keluarga.

Seorang bekas pesakit gout datuk datang ke rumah datuk.  Datuk meminta Lili mengambil herba untuk merawat ____________.  Dia juga dinasihati agar tidak memakan _______.  Lili mendapat tahu bahawa ___________ bekerja sebagai Penolong pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian Warga Tua dan Keluarga.

Lili terus terfikir tentang Che Jah lalu bertanyakan Puan Hamimah tentang tindakan yang boleh diambil jika berlaku kes penderaan suami ke atas anak-anak dan isteri.  Lili akhirnya berterus-terang tentang Che Jah kepada Puan Hamimah.

Sinopsis Bab 27

Sinopsis Bab 27, ms _________

Danel meminta maaf kepada Lili kerana tidak serius dalam perbincangan mengenai isu kubah.  Tiba-tiba kedengaran nenek kecoh tentang ___________ dan mengajak ______________ ke rumah Che Jah.  Apabila tiba di sana, terdenga suara riuh-rendah beberapa orang lelaki sedang cuba menyabarkan ___________.  Seman sedang menyumpah seranah anaknya, __________ dan _________ yang dibasahi darah.  Che Jah tiba-tiba bersuara untuk meminta ______ daripada ________.  Haziq dibawa turun dari rumah ke tanah oleh dua orang lelaki selepas Seman berhenti memukulnya.  Lili ingin mendekati Haziq tetapi ditegah oleh __________.