RUMUSAN 4 – PERCUBAAN JOHOR 2020

SOALAN RUMUSAN PERCUBAAN JOHOR 2020

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang sebab-sebab permainan tradisional kian terpinggir dan langkah-langkah untuk mempopularkan permainan tradisional.  Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Permainan tradisional merupakan salah satu permainan ciptaan masyarakat tradisional. Permainan warisan budaya ini menjadi kebanggan masyarakat silam. Permainan ini boleh sahaja dimainkan di serambi, di halaman rumah dan di kawasan tanah lapang yang tidak memerlukan belanja tetapi mereka dapat berkongsi keriangan dan kegembiraan.

Namun demikian, permainan tradisional tidak lagi menjadi kegemaran kepada generasi muda yang terdedah pada peralatan telekomunikasi yang mengasyikkan. Kecanggihan permainan terkini telah melunturkan keghairahan mereka daripada memilih permainan rakyat yang menjadi simbol warisan sejarah dan budaya bangsa. Permainan tradisional tidak menjadi pilihan generasi muda yang diruntun oleh pelbagai aplikasi permainan alam maya. Hal ini berbeza dengan suatu ketika dahulu semasa kanak-kanak mental. Secara tidak langsung, permainan ini dapat melatih kekuatan fizikal dan mental para pemain. Sebaliknya, generasi muda lebih selesa melayan permainan video. Perbezaan yang berlaku amat jelas apabila ketawa bersama-sama rakan digantikan dengan budaya kera sumbang apabila mereka menghabiskan masa bersendirian dengan peralatan elektronik masing-masing daripada bersosial dengan teman-teman.

Permainan tradisional seperti batu seremban, congkak, gasing, galah panjang, dan layang-layang amat digemari oleh golongan kanak-kanak. Permainan warisan itu membawa bersama-sama pelbagai kelebihan termasuklah memupuk semangat berpasukan. Malangnya, permainan tersebut kian luntur peminatnya apabila berlaku pertembungan antara permainan tradisional dengan permainan moden yang canggih. Perkara ini tidak terjangkau oleh pemikiran generasi kini disebabkan mereka jarang-jarang dapat menyertai permainan warisan ini. Sekiranya mereka meminati permainan tradisional seperti wau dan gasing, hajat mereka masih terhalang apabila kekurangan prasarana yang disediakan untuk permainan ini hingga minat orang ramai terhadapnya semakin terbantut. Natijahnya, permainan tradisional dipandang rendah oleh masyarakat akibat daripada permainan moden.

Oleh sebab itu, kita tidak wajar membiarkan permainan tradisional ini luput ditelan masa dan generasi muda terus merenggangkan diri daripada permainan tradisional kerana kecuaian kita mempertahankannya. Sekali pun zaman telah berubah dan negara semakin maju, permainan rakyat ini perlu diwarisi oleh generasi kerana sudah terbukti permainan tradisional ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Dipetik dan diubah suai daripada “Melestarikan Permainan Tradisional Warisan Negara”
Oleh Samat Buang Dewan Siswa, Jun 2016

  1. Berikan maksud rangkai kata melunturkan keghairahan. (2m)
  2. Pengarang mengemukakan beberapa kebaikan yang diperoleh melalui permainan tradisional.  Nyatakan kebaikan tersebut. (3m)
  3. Pada pendapat anda, mengapakah permainan tradisional harus diketengahkan ke peringkat antarabangsa?  Jelaskan alasan anda. (4m)