Gurindam Fasal 12 yang ketiga

Latihan 1

  1. Kemukakan maksud rangkap ketiga gurindam di atas. [2 markah]
  2. Peribahasa terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa menuntut kita agar menjaga tutur kata. Pada pendapat anda, apakah kesan buruk yang akan dihadapi sekiranya seseorang itu gemar menuturkan kata-kata negatif?
  3. Huraikankan dua pengajaran yang terdapat dalam gurindam tersebut.

Jawapan

  1. Seseorang yang menjaga tutur kata akan mendapat banyak kebaikan atau manfaat.
  2. tidak akan disukai/dihormatitidak akan dipercayaikehilangan rakan/sahabat/teman
  3. Kita hendaklah memelihara penglihatan agar tidak menimbulkan keinginan yang tidak baik. Penulis menasihati pembaca agar menjaga mata daripada melihat perkara yang melalaikan seperti dalam rangkap 1.  Seterusnya, kita janganlah terlalu mengikut nafsu ketika makan.  Penulis menasihati pembaca menjaga pemakanan agar tidak mendatangkan kemudaratan seperti dalam rangkap 5.

LATIHAN 2

  1. Berdasarkan gurindam, mengapakah kita perlu memelihara anggota diri?
  2. Kemunculan media sosial seperti whatsapp, telegram, twitter dan facebook menjadi wadah kepada individu yang tidak bermoral untuk menyebarkan berita-berita yang boleh mempengaruhi minda pembacanya.  Pada pendapat  anda, apakah  tindakan  yang  akan  anda  ambil sekiranya  anda  menerima sesuatu berita yang diragui kebenarannya?
  3. Huraikankan dua persoalan yang terdapat dalam gurindam tersebut.

Jawapan

  1. Tidak muncul keinginan yang tidak baik / Menghindari diri daripada berita yang tidak sahih /Tidak berperangai yang tidak senonoh /Tidak pergi ke tempat yang tidak berfaedah.
  2. bertanya kepada badan yang bertanggungjawab / menyiasat melaporkan berita kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya mengabaikan berita.
  3. Persoalan manfaat memelihara penglihatan dalam kehidupan.  Cth: Mata haruslah dipelihara sebaik-baiknya supaya tidak melihat sesuatu perkara yang dilarang oleh Tuhan. (Rangkap 1)                                                                                Persoalan kebaikan memelihara tutur kata.  Cth: Seseorang yang menjaga tutur kata akan mendapat banyak manfaat. (Rangkap 3) Persoalan pentingnya memelihara pendengaran. Cth: Telinga perlu dijauhkan dari mendengar segala hasutan dan kejian. (Rangkap 2) Persoalan semangat penting dalam kehidupan. Cth: Kehidupan seseorang perlulah dijalani dengan penuh semangat. (Rangkap 6)