Perasaan

Kedah 2018

Latar masyarakat ialah gambaran kehidupan masyarakat yang dipaparkan dalam sesebuah karya termasuk novel. Huraikan dua latar masyarakat dalam sebuah novel yang anda pelajari.

Dalam novel Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip, terdapat beberapa latar masyarakat yang dipaparkan.

Latar masyarakat yang dipaparkan ialah masyarakat yang penyayang.  Dahlia menyayangi ahli keluarga.  Dia sanggup mengambil keputusan untuk keluar dari asrama semata-mata untuk menjaga adik-adiknya semasa ayah dan ibunya dimasukkan ke hospital.

Seterusnya, masyarakat yang insaf akan kesilapan diri.  Abu Bakar insaf akan kesilapannya yang suka membuang masa dengan rakan-rakannya.  Dia juga insaf akan kesalahannya yang telah mencuri kambing milik abahnya sendiri. Manakala Nek Kiah akhirnya insaf akan sikapnya terhadap keluarga Dahlia apabila Dahlia dan keluarganya banyak membantu beliau ketika sakit sedangkan anak-anak lain yang amat disayangi langsung tidak menziarahinya