Johor 2018 – Watak sampingan

Watak sampingan mempunyai peranan penting dalam perjalanan sesebuah cerita. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua perwatakan satu watak sampingan yang terdapat dalam novel yang anda kaji.

Dalam novel Songket Berbenang Emas, karya Khairudin Ayip, terdapat beberapa perwatakan watak sampingan yang dipaparkan iaitu Embong.

Watak sampingan ini  seorang yang bertanggungjawab.  Embong bertanggungjawab memastikan anak-anaknya terus bersekolah walaupun mereka dihimpit kemiskinan dan menjalankan tanggungjawabnya menyara kehidupan mereka.

Selain itu, watak sampingan ini seorang yang penyayang.  Embong sangat menyayangi isteri dan anak-anaknya. Demi melihat isterinya pulih, akhirnya Embong membenarkan isterinya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.


Dalam novel Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Mat Darin, terdapat beberapa perwatakan watak sampingan yang dipaparkan iaitu datuk Lili, Haji Abdul Rahman.

Watak sampingan ini  seorang yang penyabar.  Datuk sabar berhadapan dengan tohmahan penduduk kampung yang mengaitkannya dengan pemaju yang ingin membeli tanah orang kampung.

Selain itu, watak sampingan ini seorang yang rajin beribadah.  Selesai solat biasanya Datuk akan berzikir menggunakan tasbih.  Apabila tasbihnya hilang, datuk menjadi resah.