Johor 2018

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, nyatakan perasaan anda ketika membaca pada bahagian peleraian novel tersebut.  Berikan alasan anda.

Berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat Darin, saya berasa gembira dengan peleraiannya.  Pada bahagian peleraian, terdapat peristiwa isteri yang bebas daripada masalah rumah tangga.  Che Jah telah meminta cerai daripada suaminya Seman yang selalu menderanya.  Saya berasa gembira dengan tindakan Che Jah yang akhirnya sedar bahawa dia perlu membebaskan dirinya daripada suami yang tidak bertanggungjawab.

Dalam novel Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip, bahagian peleraian membuatkan saya rasa bersyukur iaitu peristiwa kejayaan watak utama melanjutkan pelajaran.  Dahlia telah ditawarkan melanjutkan pelajarannya ke Jepun selama empat tahun.  Saya bersyukur kerana Dahlia mempunyai peluang untuk mengubah nasib diri dan keluarganya.