Latihan Cerakinkan Ayat

  1. Kehidupan remaja masa kini semakin mencabar dan sukar dikawal sehingga ramai yang terjebak dalam pelbagai gejala sosial seperti gengsterisme. Remaja lebih suka hidup bebas dan tidak gemar dikongkong oleh ibu bapa kerana mereka beranggapan peraturan ibu bapa menyekat kebebasan mereka.

Jawapan :

  1.  Pertandingan pidato itu akan diwakili oleh Jordan atau Jessica?
  2. Kita mestilah berhati-hati semasa memandu kenderaan di jalan raya pada musim hujan.
  3. Negara Perancis menjuarai Bola Sepak Piala Dunia 2018 kerana memiliki pemain- pemain yang hebat.

Jawapan :

  1. Pertandingan pidato itu akan diwakili oleh Jordan?   Pertandingan pidato itu akan diwakili oleh Jessica?
  2. Kita mestilah berhati-hati  memandu kenderaan di jalan raya.  Kita mestilah berhati-hati  pada musim hujan.
  3. Negara Perancis  menjuarai Bola Sepak Piala Dunia 2018.  Negara Perancis  memiliki pemain- pemain yang hebat.