Latihan Gabung Ayat 2

Malaysia menjadi destinasi tarikan pelancong. Malaysia mempunyai beberapa buah pulau yang indah. Kerajaan telah berusaha dengan gigih untuk mempromosikan Malaysia. Kerajaan mengadakan kempen Tahun Melawat Malaysia. Kerajaan Malaysia juga menganjurkan pertandingan sukan bertaraf antarabangsa. Banyak pelancong datang ke Malaysia.

Jawapan :

  1. Malaysia menjadi destinasi tarikan pelancong kerana mempunyai beberapa buah pulau yang indah.
  2. Kerajaan telah berusaha dengan gigih untuk mempromosikan Malaysia dengan mengadakan kempen Tahun Melawat Malaysia.
  3. Kerajaan Malaysia juga menganjurkan pertandingan sukan bertaraf antarabangsa supaya banyak pelancong datang ke Malaysia.