Latihan Peribahasa – Menentukan peribahasa

Nyatakan peribahasa yang sesuai :

  1. Jika tidak berusaha, sesuatu kejayaan itu tidak akan datang begitu sahaja
  2. Kata sepakat tercapai melalui mesyuarat atau perbincangan
  3. Melakukan kerja sambilan sementara menunggu kerja tetap atau kerja yang lebih baik.
  4. Pengarah syarikat itu telah memberhentikan pekerjanya yang malas kerana melakukan pekerjaan apabila disuruh sahaja.
  5. Segala pekerjaan yang dilakukan oleh Amirul kurang berhasil kerana dia tidak melakukannya dengan bersungguh-sungguh.
  6. Hafizul amat kecewa akan keputusan peperiksaannya, namun segala-galanya telah terlambat.
  7. Walaupun kita berasa kasihan atas penderitaan hidup yang dilaluinya tetapi orang yang menanggungnya tentulah berasa lebih perit lagi.
  8. Adam tidak gembira sekalipun segala kemahuannya dipenuhi oleh ibu bapanya kerana dia tidak mendapat kebebasan seperti remaja lain.
  9. Perbelanjaan hendaklah sepadan dengan pendapatan supaya tidak menyusahkan kita.

Jawapan :

  1. yang bulat tidak datang bergolek, yang ringan tidak datang melayang
  2. bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat
  3. batu loncatan
  4. bagai pahat dengan penukul
  5. m
  6. nasi telah menjadi bubur
  7. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
  8. bagai burung di dalam sangkar, mata lepas badan terkurung
  9. ukur baju di badan sendiri