Ayat Aktif-Ayat Pasif

  1. Masyarakat yang bersatu padu akan mewujudkan keadaan yang harmoni di negara kita.
  2. Para pengunjung dapat menikmati keindahan alam semula jadi semasa bercuti di pulau peranginan itu.
  3. Kita harus mengambil makanan yang berkhasiat setiap hari supaya kesihatan sentiasa terjamin.
  4. Pak Samad mengumpulkan dan memasukkan buah-buah durian yang luruh pada pagi itu ke dalam guni untuk dibawa ke pekan.
  5. Pakar Sakit Puan, Doktor Zahirah telah merawat Puan Jusnita yang sedang sakit itu.
  6. Pengetua telah melantik Cikgu Kamal sebagai guru disiplin kerana ketegasannya menjalankan tugas.

Jawapan :

  1. Keadaan yang harmoni akan diwujudkan oleh masyarakat yang bersatu padu di negara kita.
  2. Keindahan alam semula jadi dapat dinikmati oleh para pengunjung semasa bercuti di pulau peranginan itu.
  3. Makanan yang berkhasiat harus kita ambil setiap hari supaya kesihatan sentiasa terjamin.
  4. Buah-buah durian yang luruh pada pagi itu dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam guni oleh Pak Samad untuk dibawa ke pekan.
  5. Puan Jusnita yang sedang sakit itu telah dirawat oleh Pakar Sakit Puan, Doktor Zahirah.
  6. Cikgu Kamal telah dilantik oleh pengetua sebagai guru disiplin kerana ketegasannya menjalankan tugas.