Gabung ayat 1

Gabungkan ayat-ayat di bawah ini supaya menjadi tiga ayat sahaja dengan menggunakan kata hubung yang sesuai tanpa mengubah maksud dan struktur asalnya.

Penubuhan institut pertanian berjaya mendidik pekerja mahir dalam sektor pertanian.  Penubuhan institut pertanian berjaya mendidik pekerja separa mahir dalam sektor pertanian.  Graduan pertanian ini perlu bekerja sendiri.  Graduan pertanian ini perlu menjadikan bidang pertanian sebagai sumber pendapatan.  Mereka mesti berfikiran terbuka.  Mereka dapat memajukan bidang pertanian negara.

Jawapan :

  1. Penubuhan institut pertanian berjaya mendidik pekerja mahir dan separa mahir dalam sektor pertanian.
  2. Graduan pertanian ini perlu bekerja sendiri untuk menjadikan bidang pertanian sebagai sumber pendapatan.
  3. Mereka mesti berfikiran terbuka agar dapat memajukan bidang pertanian negara.