Nilai Ketaatan

Salah satu nilai yang terdapat dalam novel ialah nilai ketaatan.

Jelaskan dua peristiwa yang menggambarkan nilai ketaatan dalam sebuah novel yang anda pelajari.

Saya telah mengkaji novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat Darin.  Dalam novel ini terdapat nilai ketaatan.

Nilai ketaatan anak terhadap perintah ibu bapa dipaparkan dalam novel ini.  Contohnya, Lili tidak membantah apabila diminta oleh ibunya untuk menghabiskan cuti persekolahan di kampung bagi menemani datuk dan nenek walaupun sebenarnya dia telah mempunyai perancangan untuk bersama-sama rakannya.

Terdapat juga nilai ketaatan umat terhadap suruhan Tuhan.  Contohnya, Datuk Lili iaitu Haji Abdul Rahman rajin beribadat seperti solat dan berzikir.


Saya telah mengkaji novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip.  Terdapat nilai ketaatan dipaparkan dalam novel ini.

Nilai yang pertama ialah nilai ketaatan anak terhadap perintah ibu bapa.  Contohnya, Mawar, Kiambang dan Melati taat akan suruhan bapa mereka untuk menjaga adik mereka Anggerik semasa ketiadaan ibu mereka yang dirawat di hospital.

Nilai yang seterusnya ialah nilai ketaatan umat terhadap Tuhan.  Contohnya, Embong percaya bahawa isterinya Saleha menjadi tidak siuman kerana kehendak Allah.