Pengajaran – Baik hati

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu pengajaran tentang baik hati yang terdapat dalam setiap novel tersebut.

Novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat Darin telah memaparkan pengajaran tentang baik hati iaitu kita hendaklah baik hati dalam menghulurkan bantuan kepada orang lain agar dapat meringankan bebannya.  Contohnya, Lili baik hati apabila sanggup membantu menyelesaikan masalah rumah tangga yang dihadapi oleh Che Jah akibat sikap panas baran suaminya, Seman.

Dalam novel Songket Berbenang Emas pula, pengajaran tentang baik hati ialah kita hendaklah baik hati dalam memberikan kemaafan kepada orang lain.  Contohnya, Dahlia sekeluarga bersikap baik hati dengan tidak berdendam terhadap Nek Kiah yang telah lama bersikap pilih kasih terhadap keluarga mereka.  Nek Kiah telah insaf dan menerima keluarga Dahlia dengan ikhlas.