Latihan 1 – Peristiwa Kejayaan

Dalam novel yang dikaji, bahagian peleraian cerita diakhiri dengan kejayaan.
Berdasarkan novel yang anda kaji, jelaskan dua peristiwa yang membuktikan kejayaan tersebut.
Jawapan A:
Novel yang saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat Darin.  Pada bahagian peleraian, terdapat kejayaan yang mengakhiri cerita tersebut.

Terdapat peristiwa kejayaan watak utama membantu menyelesaikan masalah keruntuhan rumah tangga yang dialami oleh sebuah keluarga(Pernyataan)Contohnya, Lili telah berjaya menyelesaikan masalah rumah tangga Che Jah dengan bantuan Puan Hamimah, pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat.  Che Jah yang sering didera oleh suaminya yang pemarah, kaki pukul dan tidak bertanggungjawab terhadap anak-anak telah memohon cerai daripada suaminya,

Seterusnya, peristiwa kejayaan menghasilkan artikel.  Daniel telah berjaya menghasilkan artikel ‘Segalanya Tentang Pisang’.  Terdapat berbelas-belas artikel yang menyentuh tentang pisang dalam buku tersebut.

———————————————-

Jawapan B:

Novel yang saya kaji ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip.  Pada bahagian peleraian, terdapat kejayaan yang mengakhiri cerita tersebut.

Terdapat peristiwa kejayaan melanjutkan pelajaran ke Jepun.  Dahlia berjaya dalam peperiksaan STPM dan ditawarkan melanjutkan pelajarannya ke Jepun.  Kejayaan ini amat manis memandangkan dia meraihnya dalam keadaan perlu berdepan dengan pelbagai cabaran dalam hidup.

Selain itu, keluarga Dahlia berjaya menginsafkan Nek Kiah.  Nek Kiah yang sekian lamanya tidak menyukai keluarga Dahlia disebabkan mereka hidup dalam kemiskinan akhirnya insaf kerana layanan dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Dahlia dan keluarganya lebih penting berbanding harta.