Latihan 1 – Kaduk Ayam dan Raja

Latihan 1 (Ms 47 perenggan 3 – ms 48 perenggan 2)

Hakim sedar bahawa tanah empat ekar itu bukanlah luas kalau dibandingkan dengan tanah yang dimiliki oleh para orang kaya yang ada di seluruh negara. Tanah itupun tidaklah tinggi nilainya seperti tanah-tanah di bandar yang melambung dan melambung naik. Namun dia amat bersyukur kerana berjaya menebus kembali tanah itu dan lebih penting lagi dia juga dapat membersihkan nama dan menebus maruah datuknya Kaduk yang sudah bertahun-tahun menjadi ejekan bangsa.

Hakim pernah berseloroh, “Kalau aku berjaya menebus kembali tanah itu, Aku nak dirikan sebuah memorial. Aku akan namakannya Memorial Pak Kaduk. Biar memorial itu menjadi peringatan kepada kita semua agar berhati-hati dengan tanah mereka. Maksud aku biar mereka menjaga hak-hak mereka agar tidak terlepas ke tangan orang lain”.

“Kau nak buat tugu Pak Kaduk ke?  Apa gunanya membina tugu di dalam kampung ni. Mana ada pelancong yang nak datang melawat?” Tanya Azam.

“Aku bergurau saja. Lagi pun ini tanah kampung yang berstatus tanah pertanian. Apa lagi yang wajar dibuat selain berkebun dan menternak. Aku sudah mendapat nasihat dan bebincang dengan beberapa orang. Aku sudah berbincang dengan agensi kerajaan yang bertanggungjawab memajukan bidang pertanian.

Hakim merancang agar tanah Pak Kaduk dapat dimanfaatkan. Dia memutuskan untuk menternak ayam secara pertanian kontrak dengan sebuah syarikat besar. Syarikat ini beroperasi dan terkenal di seluruh dunia sebagai Global Chicken.  Global Chicken menubuhkan cawangan di Malaysia dengan nama Rangkaian Jasa Agrikultur atau nama singkatnya RAJA.


i.  Nyatakan dua tujuan Hakim berusaha mendapatkan tanah datuknya semula.———————

ii.  Pada pendapat anda, mengapakah negara perlu megeluarkan makanan yang mencukupi?

——————

iii.  Selain persoalan kegigihan seorang anak muda untuk mengusahakan penternakan ayam secara moden, jelaskan dua persoalan lagi yang terkandung dalam cerpen tersebut.