Latihan 4 – Burung Terbang dipipiskan Lada

Latihan 4 (M/s 31  perenggan 4  &5)

Maka Seri Nara Diraja pun tersenyum. Maka Tun Nina Madi digelar oleh Sultan Muzaffar Syah Tun Bijaya Maha Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dua orang itu menjadi orang besar, maka anak Melayu pun berbelah, setengah pada Paduka Raja, setengah pada Seri Nara Diraja, kerana kedua- duanya sama orang berasal. Maka Seri Nara Diraja tidak muafakat dengan Paduka Raja, senantiasa beringgit juga; beberapa kali lain Paduka Raja kedapatan dengan Paduka Raja dalam kampung Seri Nara Diraja. Maka Sultan Muzaffar Syah pun tahu akan perihal itu maka terlalulah dukacita baginda melihat kelakuan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja itu. Maka fikir di dalam hati baginda, “Jikalau demikian binasalah negeri ini, kerana orang besarnya tidak muafakat sama orang besar.”

Hatta, maka baginda fikir berbicara hendak memuafakatkan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja. Maka baginda pun menyuruh memanggil Seri Nara Diraja; maka dia pun hadirlah. Maka titah Sultan Muzaffar Syah, “Mahukah Seri Nara Diraja beristeri?”

———————-

i. Berikan maksud terlalulah dukacita baginda.

Maksud terlalulah dukacita baginda ialah raja berasa sangat sedih.

———————-

ii. Apakah yang telah berlaku selepas Paduka Raja dan Seri Nara Diraja menjadi orang besar?

Selepas Paduka Raja dan Seri Nara Diraja menjadi orang besar, orang-orang Melayu berpecah belah.  Sebahagian orang Melayu menyokong Paduka Raja dan sebahagian lagi menyokong Seri Nara Diraja.  Mereka berdua juga tidak boleh bermuafakat.

———————-

iii. Sekiranya anda sultan, bagaimanakah cara anda untuk mendamaikan perselisihan faham antara Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja?        [3 markah]

Sekiranya saya ialah Sultan, saya akan memanggil kedua-duanya untuk berbincang tentang masalah tersebut .  Saya juga akan menasihati mereka berdua agar berbaik-baik semula.  Seterusnya saya akan memindahkan salah seorang ke tempat lain agar  mereka jarang berjumpa.