Latihan 10 – Cinta Ahmad Mutawakkil

Latihan 10 (ms 56 perenggan 5 – ms 58 perenggan 1)

Malam itu, sesuai solat maghrib, seiring debar yang kami tanggung sejak subuh, tampangnya muncul juga.  Darah membuak-buak bagai mata air.  Tiga lubang buka tanda ditusuk peluru yang ditembak dari jarak dekat menyebabkan kami tidak sanggup melihatnya.

Selesai melafazkan kalimah syahadah, sebaik-baik saja matanya terpejam di atas ribaan Imam Ngah Deraman sambil menggenggam tangan Penghulu Ibrahim Sigap, padamlah satu-satunya pelita yang selama ini menerangi hati dan fikiran kami.  Seluruh kampung murung dan berbalam, laksana terkatupnya sebuah jendela tempat kami mengenal dunia.

31 Ogos 1957 – ketika bulan merdeka sangat terang di langit, kami beriktiraf di surau.  Sesuai dengan semangat warisan moyang-poyang sejak kampung itu dipugar, kami meraikan merdeka dengan dua matlamat: rezeki dan ibadat.

Surau penuh sesak – kami menganjurkan majlis doa kesyukuran dan bacaan tahlil, khusus untuk orang yang sangat kami cintai.  Kami selalu mengenangkankan kata-katanya: Perihal lurusnya hati Melayu, berbudi cara Melayu, bersahabat cara Melayu.  Malah, segala debar cinta kepada bangsa dan negara.  Kami sentiasa rindu akan kata-kata semangat anak muda itu: “Tanah Melayu pasti merdeka!”

Tuan Booth sekeluarga balik ke England seminggu selepas merdeka, tapi setahun kemudian – ketika kami bersiap-siap di surau meraikan setahun merdeka – gadis Inggeris berambut perang dan bermata biru lembut itu muncul semula.

————————-

i.  Jelaskan tiga latar masa berserta dengan contoh yang terkandung dalam petikan cerpen di atas.

Latar masa yang terdapat dalam petikan cerpen ialah pada waktu malam.  Contohnya, Ahmad Mutawakkil muncul di surau dalam keadaan cedera parah akibat ditembak oleh komunis dan berlumuran dengan darah pada waktu malam.

Terdapat juga latar masa pada 31 Ogos 1957.  Contohnya, penulis dan penduduk kampung beriktikaf di surau dengan menganjurkan majlis doa kesyukuran dan bacaan tahlil.

Seterusnya latar masa seminggu selepas merdeka.  Contohnya, Tuan Booth sekeluarga balik ke England seminggu selepas merdeka.

————————-

ii. Pada pendapat anda, mengapakah anak gadis Tuan Booth yang berbangsa Inggeris datang semula ke banglo di estetnya? Berikan empat alasan anda.

Pada pendapat saya, anak gadis Tuan Booth yang berbangsa Inggeris datang semula ke banglo di estetnya  untuk bertemu dengan kawan-kawan dan penduduk kampung.  Dia juga mungkin ingin menyambung semula kerja-kerja perladangan getah bapanya yang tertangguh selama setahun.  Selain itu,  Sandra mungkin ingin mengunjungi pusara kekasihnya atau dia berhajat untuk berbakti kepada penduduk kampung.