Latihan 8 – Cinta Ahmad Mutawakkil

Latihan 8 (ms 51 perenggan 9 – ms 52 perenggan 2)

Ahmad Mutawakkil, sudah jarang-jarang benar balik ke kampung.  Perjuangan parti meruntun waktunya dihabiskan di bandar.  Tahun 1952, dalam usia 24 tahun, dia dipilih menduduki kerusi pemimpin nombor dua parti di peringkat daerah.

Tidak cukup dengan tanggungjawabnya ke sana sini untuk berceramah, Ahmad Mutawakkil turut menulis dalam surat khabar.  Dia juga terkenal sebagai wartawan.  Tulisannya banyak merangsang orang Melayu untuk bersiap sedia mengisi kemerdekaan.

“Jangan nanti selepas merdeka, kita jadi macam kera mendapat bunga.” Untuk merdeka, katanya, perjuangan bukan setakat mendesak Inggeris berundur.

“Malah, demi mengisi kemerdekaan, kita juga perlu mendesak diri sendiri, mengikis semua tabiat buruk bangsa kita.  Kita pasti akan merdeka, dan untuk itu, kita perlu berjuang mengubah sikap dan pandangan sempit bangsa kita.”

Akhimya, selepas berbulan-bulan lamanya Ahmad Mutawakkil menghilang, satu hari, pecahlah berita tentang kepulangannya.  Oleh sebab namanya sebagai wartawan masyhur disebut orang di sana sini, Tuan Booth mahu meraikan kejayaannya itu.

Seperti biasa, kami dijemput sama.  Di majlis itulah, seorang daripada kami secara tidak sengaja terdengar perbualan Ahmad Mutawakkil dengan anak gadis Orang Putih itu.

———————

i.  Mengapakah Ahmad Mutawakkil jarang-jarang pulang ke kampung?

Ahmad Mutawakkil, sudah jarang-jarang pulang ke kampung kerana banyak waktunya dihabiskan di bandar.  Di samping itu. dia telah dipilih menduduki kerusi pemimpin nombor dua parti pada peringkat daerah.  Dia juga sibuk berceramah di merata tempat dan turut menjadi penulis dalam surat khabar.

———————

ii.  Pada pandangan anda, selain melalui akhbar, bagaimanakah sesuatu berita dapat disebarkan kepada umum?

 televisyen dan radioSelain itu, pada zaman moden ini, berita tersebar melalui Internet atau melalui media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya.  Akhirnya, penyebaran berita juga berlaku melalui perbualan daripada seseorang kepada seseorang yang lain.

———————

iii.   Huraikan satu perwatakan Ahmad Mutawakkil yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu perwatakan lain Ahmad Mutawakkil daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.

Satu perwatakan Ahmad Mutawakkil yang terdapat dalam petikan cerpen di atas ialah  seorang yang mempunyai semangat cinta akan negara.  Contohnya, Ahmad Mutawakkil telah membakar semangat orang-orang kampung untuk berjuang mendapatkan kemerdekaan melalui ceramah dan penulisan dalam akhbar.

Satu perwatakan lain Ahmad Mutawakkil daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan ialah seorang yang berani.  Contohnya, Ahmad Mutawakkil berani bersuara demi kebenaran melalui penulisannya dalam surat khabar dan penyampaian pidatonya dalam usaha menentang komunis.