Latihan 4 – Cinta Ahmad Mutawakkil

Latihan 4 (ms 47 perenggan 1 – perenggan 4)

Di hadapan pagar estet, Ahmad Mutawakkil berjalan lesu.  Sudah tiga tahun banglo dan estet itu menjadi tempatnya menumpang nasib.  Akhirnya, khabar tentang serangan Jepun mengakhiri kisah pergaulannya dengan keluarga Tuan Booth.

Malam itu, selepas solat isyak, Imam Ngah Deraman bergegas meninggalkan surau dan esoknya, kami mendapat tahu dia pergi mencari Ahmad Mutawakkil.  Budak itu dibawa ke rumahnya.  Sejak itu, dalam kesulitan hidup zaman Jepun, Ahmad Mutawakkil menjadi anak angkatnya.  Cuma kekerapan budak itu menghilang, lama-kelamaan diterima Imam Ngah Deraman sebagai satu kebiasaan.

“Aku tak sangka budak tu pandai menulis.  Anak orang putih tu ajar dia banyak benda.  Dia juga pandai cakap orang putih,” kata Imam Ngah Deraman.

Di surau, terutama pada malam hari, di hadapan Penghulu Ibrahim Sigap, Imam Ngah Deraman menyampaikan apa-apa sahaja berita yang dikhabarkan Ahmad Mutawakkil.

i.  Apakah yang berlaku kepada Ahmad Mutawakkil semasa penduduk kampung menghadapi kesulitan hidup pada zaman Jepun (2M)

ii.  Ahmad Mutawakkil boleh berbahasa Melayu dan dia juga fasih dalam bahasa Inggeris.  Pada pendapat anda, apakah kelebihan menguasai lebih daripada satu bahasa? (3M)

iii.  Huraikan satu teknik penceritaan yang terkandung dalam petikan dan satu teknik penceritaan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen.  (4M)