Latihan 2 – Cinta Ahmad Mutawakkil

Latihan 2 (ms 43 perenggan 5 – ms 44 perenggan 2)

Ahmad Mutawakkil dalam keadaan terhuyung-hayang, bangun perlahan-lahan.  Sebelah tangannya memaut tiang pintu manakala sebelah lagi terkulai.  Waktu itu, kami sedar-perkara yang ditakuti belakangan ini benar-benar terjadi.  Anak tunggal arwah Wak Sadir yang selama ini disanjung laksana lampu ayan yang menerangi kampung, kini di ambang maut.

Ahmad Mutawakkil-malam itu, Jumaat bulan Ogos 1953-dek luka yang parah melangkah dengan longlai ke arah Imam Ngah Deraman.  Ketika kami semua masih terpegun dan tertanya-tanya, Ahmad Mutawakkil jatuh melutut dan wajahnya tersembam di ribaan Imam Ngah Deraman.  Pada waktu itu, dalam keadaan dia mengerekot, kami nampak luka besar di belakang bahunya-bekas tusukan peluru.  Darah masih mengalir, betul-betul di belakang pendayung kiri Ahmad Mutawakkil.  Menyedari darah terlalu banyak mengalir hingga menitis ke lantai, Penghulu Ibrahim Deraman Sigap segera membaringkan Ahmad Mutawakkil.  Tak lama kemudian, bunyi nafasnya separuh mengeruh.  Dalam keadaan tercungap-cungap, dia terkulai lalu pengsan.

—————————

i.  Berdasarkan petikan, nyatakan keadaan Ahmad Mutawakkil pada ketika itu.

—————————

ii.  Kemerdekaan sesebuah negara diperoleh melalui pelbagai cara. Pada pendapat anda, apakah cabaran yang dihadapi oleh tokoh-tokoh kemerdekaan ketika berjuang menuntut kemerdekaan negara?

—————————

iii.Nyatakan satu persoalan daripada petikan dan satu persoalan daripada keseluruhan cerpen.