Sinopsis Bab 20

Bab 20 : Ingin Kujunjung Langit

Nek Kiah datang lagi untuk mengingatkan Dahlia tentang tanah tersebut yang akan dijual.  Nek Kiah terkejut apabila melihat Embong telah ada di rumah. Embong menggunakan kesempatan itu untuk mengenakan  Nek Kiah dengan menggunakan parang yang sedang dipegangnya tajam dan pasti senang untuk memotong leher.  Nek Kiah bergegas pulang ke rumah.  Dahlia memberitahu ayahnya dia ingin bekerja bagi membantu meringankan beban ayahnya.  Akan tetapi, Embong tidak bersetuju kerana beliau mahu Dahlia belajar hingga ke universiti.

Tauke Lim datang ke rumah Embong dan menyatakan kesanggupannya untuk membayar harga tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah supaya Embong dan keluarganya dapat terus tinggal di situ.  Menurut Tauke Lim, beliau ikhlas membantu demi kebaikan bersama-sama.