Sinopsis Bab 19

Bab 19 : Apabila Dua Jejaka Bertemu

Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia supaya tidak berhenti sekolah sebaliknya terus bertabah lebih kurang empat lima bulan sahaja lagi sebelum menghadapi peperiksaan.  Namun begitu, Dahlia terasa amat sukar untuk ke sekolah semula kerana memikirkan adik-adiknya yang memerlukan penjagaannya.

Najib datang ke rumah Dahlia dan melihat beberapa orang sedang mengukur tanah di kawasan itu.  Dahlia memaklumkan tanah itu akan dijual. Najib bersedia untuk membayar harga tanah tersebut tetapi Dahlia menolak tawaran Najib. Kemudian, Azhari pula datang ke rumah Dahlia. Timbul pelbagai persoalan dalam hati Azhari mengenai hubungan Najib dan Dahlia.

Kedatangan Najib dan Azhari ke rumah Dahlia telah menyebabkan Nek Kiah memandang serong terhadap cucunya sendiri.  Nek Kiah telah memberitahu Dahlia, tanah tersebut telah ada pembelinya.  Oleh itu, Dahlia perlulah bersiap sedia untuk berpindah.