Sinopsis Bab 12

Sinopsis Bab 12 m/s __________

Penduduk kampung sibuk bercakap tentang _____________ surau seolah-olah kubah itu benda ajaib yang akan dimiliki dengan mukjizat.  Lili sedar akan masalah ini terjadi kerana masalah permuafakatan penduduk kampung.  Mereka bingung sama ada hendak membina masjid atau mempertahankan surau usang itu dengan hanya membangunkan kubah tetapi pada pandangan Lili, lebih baik membina ____________ untuk jangka masa panjang.  Nenek turut berleter tentang kubah surau kerana kubah tu menjadi punca banyak masalah tercetus di kampung.  Bekas ketua kampung, arwah ___________________ orang alim dari tanah _________________ bersama-sama kumpulan awal manusia yang merintis kampung itu mengatakan bahawa selepas ___________ tahun barulah pembangunan akan masuk ke kampung itu.  Arwah ayah datuk menyingkatkan tempoh itu kepada ______ tahun dan surau yang dibina itu tidak boleh diubah suai sepanjang tempoh itu kerana bimbang ‘semangat’ yang turut sama membangunkan kampung ini akan terperanjat dan mengganggu ketenteraman kampung.  Lili menganggap cerita itu karut kerana datuk merupakan orang yang arif dalam hal-hal agama. Nenek pula bercerita bahawa penduduk kampung pernah melihat hantu arwah sedang berdiri di atas pokok pisang kerana marah terhadap pembangunan yang masuk ke kampung itu.

Keesokan hari, ketika Lili berjalan-jalan di ____________ pada waktu ______________, dia melihat sekumpulan lelaki sedang dalam keadaan tergesa-gesa.  Ada yang mengepit _____________.  Abang Rashid menyuruh Lili pulang dan menyatakan bahawa penduduk kampung kini hidup dalam keadaan _______________________.