Sinopsis Bab 10

Sinopsis Bab 10 m/s ________

Datuk merenung masa hadapannya sebagai pengamal perubatan _________ yang semakin tidak pasti.  Datuk suka ke hutan mengkaji akar-akar kayu, mencari tumbuhan eksotik.  Kehadiran perubatan moden menyebabkan seorang demi seorang pesakitnya termasuk sahabat baiknya telah beralih daripadanya.  Selain kematian ibu dan ayah datuk, ibu Lili juga telah meninggalkan kampung halaman.  Banyak perubahan yang berlaku dalam hidup datuk tapi dia hadapinya dengan penuh kesabaran dan keimanan.  Datuk memberitahu Lili tentang kesusahan gemulah ayah datuk membangunkan _________ itu termasuk menjadi orang yang membina jendela ___________ jalan.  Namun datuk tidak menjelaskan punca binaan jendela menghadap jalan kerana yakin sampai masanya Lili aka nada jawapannya.  Datuk juga mengadu tentang sikap anak muda yang tidak pandai menjaga hati orang tua.  _________ anak William juga telah menjadi punca kehadiran pemaju silih berganti ke kampung itu.  Bagi Lili, Danel seorang anak yang bertanggungjawab kerana inginkan rawatan yang terbaik untuk ayahnya.