Sinopsis Bab 8

Sinopsis Bab 8 m/s ____

Selesai solat Zohor berjemaah, datuk mengajar Lili berkaitan hal-hal keagamaan, malah datuk selalu menguji Lili tentang sejauh mana dia mendalami ilmu agama.  Datuk mengakui kesilapan diri sendiri sehingga menyebabkan ibu Lili tidak kisah dengan ilmu agama.  Semasa zaman kanak-kanak ibu Lili lebih berminat belajar silat di gelanggang ______________ berbanding ilmu agama.  Tambahan pula setelah berjaya melanjutkan pelajaran keluar negara, menjawat jawatan penting dan berumah tangga membuatkan ibu Lili terlupa segala-galanya.

Sepanjang berada di kampung Lili merasa keenakan buah-buahan tempatan yang terdapat di dusun yang dikutip oleh ___________________.  Pak Sahak datang ke rumah datuk memaklumkan bahawa berlaku kekecohan di _______________ kerana kehadiran _______________ dari pekan.  Datuk merungut memikirkan sikap _________.  Sebelum ini dia telah menghasut _______________ agar tidak meneruskan rawatan penyakit ______________ dengan datuk.  Sekarang dia menghantar kawan sekerjanya untuk memujuk orang kampung agar menjual __________ mereka untuk membina deretan rumah __________ di kampung.