Category: PROSA TRADISIONAL

Latihan 7 – Burung Terbang dipipiskan Lada

Latihan 7 (ms 37 perenggan 3 – ms 38 perenggan 1) Syahadan, maka kedengaran di Melaka bahawa Cau Pandan sudah mati, sakitnya muntahkan darah, dadanya seperti kena panah. Telah Sultan Muzaffar Syah mendengar khabar itu, maka titah baginda, “Sungguhlah Tuan Sidi Arab ini hamba Allah keramat.” Maka beberapa puji baginda akan Tuan Sidi Arab itu …

Continue reading

Latihan 6 – Burung Terbang dipipiskan Lada

Latihan 6 (m/s 36 perenggan 1-2) Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Umar namanya, terlalu berani, kelakuannya gila-gila bahasa. Maka disuruhkan oleh Bendahara Paduka Raja suluh perahu Siam itu. Maka Tun Umar pun pergilah dengan sebuah perahunya olang-oleng. Telah bertemu dengan perahu Siam yang banyak itu, maka dilanggarnya sekali, dua tiga buah perahu …

Continue reading

Latihan 5 – Burung Terbang dipipiskan Lada

Latihan 5 (M/s 33  perenggan  4 – perenggan 9) Maka beberapa anak orang besar-besar ditanyakan oleh Sultan, tiada juga berkenan pada Seri Nara Diraja. Maka titah Sultan, “Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Kudu, anak Bendahara Seri Wak Raja, saudara Paduka Raja?” Maka sembahnya, “Daulat, tuanku.” Adapun akan Tun Kudu itu diperisteri Duli Yang Dipertuan, …

Continue reading

Latihan 4 – Burung Terbang dipipiskan Lada

Latihan 4 (M/s 31  perenggan 4  &5) Maka Seri Nara Diraja pun tersenyum. Maka Tun Nina Madi digelar oleh Sultan Muzaffar Syah Tun Bijaya Maha Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dua orang itu menjadi orang besar, maka anak Melayu pun berbelah, setengah pada Paduka Raja, setengah pada Seri Nara Diraja, kerana kedua- duanya sama …

Continue reading

Latihan 3 – Burung Terbang dipipiskan Lada

Latihan 3 (ms 30 perenggan 4 – ms 31 perenggan 2) Syahadan, maka berkenan Sultan Muzaffar Syah mendengar kata Tun Perak itu. Pada hati baginda, “Adapun Tun Perak ini tidaklah patut jadi bentara lagi, patut menjadi Perdana Menteri.” Maka digelar baginda Paduka Raja, disuruh duduk di seri balai setara Seri Nara Diraja. Maka Paduka Raja …

Continue reading

Latihan 2 – Burung Terbang dipipiskan Lada

Latihan 2 (ms 29 perenggan 3 – ms 30 perenggan 1) Maka oleh Seri Amerta kata Tun Perak itu semuanya dipersembahkan ke bawah Duli Yang Dipertuan. Maka baginda pun tersenyum, seraya bertitah, “Benar seperti kata Tun Perak itu.” Maka diambil baginda sirih dari puan baginda, disuruh berikan kepada Tun Perak. Maka titah baginda kepada Tun …

Continue reading

Latihan 1 – Burung Terbang dipipiskan Lada

Latihan 1 (m/s 27 perenggan 1 dan 2) Kata sahibulhikayat, maka tersebutlah perkataan Raja Benua Siam, Dari zaman dahulu kala negeri Siam itu Syahrunnuwi namanya disebut orang, dan raja-raja di bawah angin ini semuanya takluk kepadanya, dan nama rajanya Bubunnya. Telah kedengaran ke benua Siam bahawa Melaka negeri besar yang tiada takluk kepadanya, maka Paduka …

Continue reading