Category: NUKILAN CL

Tewas ?

Adakala tewas dalam emosi Biarpun jiwa sekeras batu Air mata tak mampu ku tahan Bergetar tubuh menahan resah Dalam senyum tanpa suara Semangat baramu membangkitkan aku Dalam pandangan tanpa bicara Aura jernihmu membangunkan aku Berdiri teguh seorang diri demi kasih sayangmu Kau muncul saat aku menangis Kau muncul saat aku kesepian Kau muncul saat aku …

Continue reading

Judul Yang Hilang

Kau hulur kebencian ku sambut penuh senyuman Kau lempar kemarahan ku tatang segunung sabar Kau lakar cabaran ku bentang seluas harapan kerana aku ingin kau tahu di sebalik dugaan itu ada kemenangan jitu jiwa bersua rindu pada sisi yang kau ragu Kau, aku, dia bergelut dugaan pincang rasa insan pilihan Dia Yang Esa bukan masa …

Continue reading

Doa Buat Bonda

Buat Puan Siti Hasiah Bekas GK Sains dan Matematik SMK Permai Indah Tiada madah pujangga Mampu menzahirkan rasa hati kelu di hujung bicara saat perpisahan menjelma diri terus berlalu meninggalkan jejak Terpahat rapi jalur kenangan dalam palitan memori yang sepi tak mungkin berulang kembali namun masih mampu ditelusuri dalam ruang yang sempit Iringan doa buat …

Continue reading

Rahsia Sebuah Lukisan

Memenangi Hadiah Tempat Ketiga Sayembara Menulis Puisi DBP 2015 Aku tenung sebuah kanvas terpasak rapi di dinding usang Di dadanya terpalit rona suram Tiada sisi yang menarik Hanya jasad kaku beku disiram warna darah Namun jadi warisan seorang pejuang Pasti tersingkap seribu makna Yang hanya mampu diterjemahkan Oleh dirinya yang terluka Lukisan itu lukisan makna …

Continue reading

Nafas

Dingin subuh yang bernafas Seumpama dingin rahsia jiwamu Membekukan kita dalam sengketa Mahumu apa Marahmu kenapa Kita siapa Biarkan aku menebak rasa Gundah gelora tanpa suara Sang mentari marak memuncak Seumpama bahang amarah atmaku Kau tegar leraikan impian Walau teguh tanganmu ku genggam Pergimu hanya hilangkan bayang Sedangkan namaku menyelirat nadimu Janji yang belum tertunai …

Continue reading

Ku rindu dia.

Kali pertama berbicara, aku termalu sendirian. “Kenapa tak turun ke kantin. Kan tak boleh duduk di kelas waktu rehat?” Tugas sebagai guru bertugas kulaksanakan semampunya aku. “Maaf cikgu, saya tak sihat.  Baru keluar hospital.” Ku perhatikan wajahnya. “Sakit apa?”  Ibarat polis aku menyoal. “Kanser mata cikgu.” Terus aku terdiam, menggangguk dan berlalu tanpa kata. Setahun …

Continue reading

Suatu Masa

Diabadikan buat Tuan Haji Sharif Bekas PK Hem SMK Permai Indah Sahabat Suatu masa Ketika menjejak kenangan yang tak terucapkan kita pernah bersama mengemudi bahtera belayar mengharung samudera membangun tamadun insan kerdil yang perlukan bimbingan didikan dalam sentuhan kasih sayang mengenali onak duri angin ribut kalut hidup menitip hari-hari yang perlu diisi dengan nilai suci …

Continue reading

Lemas di Belaga

Pengalaman ini paling menakutkan aku.  Sampai sekarang aku tak berani menenggelamkan diri ke dalam sungai, apatah lagi laut.  Suatu hari, kami geng cikgu dan pengawas sekolah pergi berkelah di Long Amo (kawasan air terjun). Aku sudah pernah ke situ 2 3 kali.  Sambil bersembang di atas batu sambil menggoyangkan kaki ke dalam air, Cikgu Zila …

Continue reading

Hari Guru 2003

Hari Guru di SMK Belaga memang takkan ku lupa sehingga hari ini.  Kami menyambutnya dari pagi sampai tengah malam.  Ishkk…biar betul.! Kami mulakan dengan perhimpunan rasmi, kemudian acara guru.  Penuh dengan jerit ketawa.  Ingat lagi, Cikgu Jimbau menyimbah kami semua dengan belon berisi air.  Kemudian ada pertandingan bola jaring antara guru lelaki bujang dan guru …

Continue reading

Jaini Usem – SMK Belaga

Jaini Usem ni nama sorang pelajar yang sampai hari ni aku ingat.  Dia tidak memiliki kepandaian seperti anak-anak pelajar yang lain, boleh dikatakan ada masalah pembelajaran, kiranya sudah Tingkatan Dua pun belum lulus membaca.  tapi Allah telah jadikan setiap manusia itu istimewa.  Jaini pakar bab sukan.  Jaguh lari jarak jauh.  Penyumbang pingat emas waktu sukan …

Continue reading