Ana Haslina

Author's posts

KC15 : Kebaikan Mengadakan Rumah Terbuka – PCB Perak 2018

Contah karangan adalah untuk panduan pelajar berkemahiran sederhana dalam penulisan karangan.  Moga membantu. Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa.  Madah hikmah ini amat bertepatan dengan isu amalan rumah terbuka sehingga menjadi bual bicara warga Malaysia yang kian celik tentang kepentingannya.  Hal ini demikian kerana rakyat negara ini mengetahui bahawa amalan rumah terbuka mendatangkan …

Continue reading

Persoalan-Kegigihan

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu persoalan kegigihan watak utama yang terdapat dalam setiap novel. Novel yang saya kaji ialan Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat Darin.  Dalam novel ini terdapat persoalan kegigihan yang dipaparkan. Terdapat persoalan kegigihan menyelesaikan konflik kekeluargaan.(persoalan).  Contohnya, Lili gigih membantu Che Jah dan anak-anaknya daripada terus menjadi …

Continue reading

Tewas ?

Adakala tewas dalam emosi Biarpun jiwa sekeras batu Air mata tak mampu ku tahan Bergetar tubuh menahan resah Dalam senyum tanpa suara Semangat baramu membangkitkan aku Dalam pandangan tanpa bicara Aura jernihmu membangunkan aku Berdiri teguh seorang diri demi kasih sayangmu Kau muncul saat aku menangis Kau muncul saat aku kesepian Kau muncul saat aku …

Continue reading

Judul Yang Hilang

Kau hulur kebencian ku sambut penuh senyuman Kau lempar kemarahan ku tatang segunung sabar Kau lakar cabaran ku bentang seluas harapan kerana aku ingin kau tahu di sebalik dugaan itu ada kemenangan jitu jiwa bersua rindu pada sisi yang kau ragu Kau, aku, dia bergelut dugaan pincang rasa insan pilihan Dia Yang Esa bukan masa …

Continue reading

Doa Buat Bonda

Buat Puan Siti Hasiah Bekas GK Sains dan Matematik SMK Permai Indah Tiada madah pujangga Mampu menzahirkan rasa hati kelu di hujung bicara saat perpisahan menjelma diri terus berlalu meninggalkan jejak Terpahat rapi jalur kenangan dalam palitan memori yang sepi tak mungkin berulang kembali namun masih mampu ditelusuri dalam ruang yang sempit Iringan doa buat …

Continue reading

Rumusan 7 -Melaka 2016

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah menderma darah dan langkah-langkah menggalakkan orang ramai menderma darah.  Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Derma darah amalan mulia yang bukan hanya dapat memupuk nilai baik dalam diri, tetapi paling penting turut membantu menyelamatkan nyawa.  Malangnya di negara kita, amalan …

Continue reading

Sinopsis Bab 3

Jangan Tinggalkan Kami                 Cerita bermula dengan ibu Dahlia bermantera manakala Dahlia sedang berdoa usai solat isyak.  Keadaan ibunya mengganggu perasaan Dahlia yag tertanya-tanya sama ada ibunya disihir orang tetapi Dahlia tidak dapat membayangkan siapa-siapa yang berdengki atau sakit hati terhadap ibunya.  Sedar akan masalah yang dialami adalah ketentuan dari Allah, Dahlia berdoa agar  dikuatkan imannya …

Continue reading

KC3 – Pemimpin Pelajar Yang Berkualiti

Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.  Peribahasa ini jelas membuktikan betapa remaja amat diperlukan untuk meneruskan legasi memimpin negara pada masa hadapan.  Sikap kepimpinan ini perlu dipupuk, disemai dan dibentuk sejak mereka dilahirkan dan usaha murni itu perlu digalas selanjutnya ketika mereka berada dalam alam persekolahan.  Tugas sebagai pemimpin cilik bermula apabila pelajar-pelajar mula menonjolkan …

Continue reading

Rahsia Sebuah Lukisan

Memenangi Hadiah Tempat Ketiga Sayembara Menulis Puisi DBP 2015 Aku tenung sebuah kanvas terpasak rapi di dinding usang Di dadanya terpalit rona suram Tiada sisi yang menarik Hanya jasad kaku beku disiram warna darah Namun jadi warisan seorang pejuang Pasti tersingkap seribu makna Yang hanya mampu diterjemahkan Oleh dirinya yang terluka Lukisan itu lukisan makna …

Continue reading

Nafas

Dingin subuh yang bernafas Seumpama dingin rahsia jiwamu Membekukan kita dalam sengketa Mahumu apa Marahmu kenapa Kita siapa Biarkan aku menebak rasa Gundah gelora tanpa suara Sang mentari marak memuncak Seumpama bahang amarah atmaku Kau tegar leraikan impian Walau teguh tanganmu ku genggam Pergimu hanya hilangkan bayang Sedangkan namaku menyelirat nadimu Janji yang belum tertunai …

Continue reading