Doa Buat Bonda

Buat Puan Siti Hasiah
Bekas GK Sains dan Matematik
SMK Permai Indah

Tiada madah pujangga
Mampu menzahirkan rasa hati
kelu di hujung bicara
saat perpisahan menjelma diri
terus berlalu meninggalkan jejak

Terpahat rapi jalur kenangan
dalam palitan memori yang sepi
tak mungkin berulang kembali
namun masih mampu ditelusuri
dalam ruang yang sempit

Iringan doa buat bonda
moga dalam pandangan rahmat-Nya
diselimut manis bahagia
walau jauh dari pandangan
di hati berbunga rasa kasih
kekal hingga noktah abadi

Adiratna Pekaca
3 Feb 2016