Judul Yang Hilang

Kau hulur kebencian
ku sambut penuh senyuman
Kau lempar kemarahan
ku tatang segunung sabar
Kau lakar cabaran
ku bentang seluas harapan

kerana
aku ingin kau tahu
di sebalik dugaan itu
ada kemenangan jitu
jiwa bersua rindu
pada sisi yang kau ragu

Kau, aku, dia
bergelut dugaan pincang rasa
insan pilihan Dia Yang Esa
bukan masa bicara rahsia
sampai waktu kita bicara

Adiratna Pekaca
8 Jan 2018